web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekurangan CIC, Mangsa Dera Bawah Umur Hadapi Kesukaran Buat Laporan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 3:32PM

SAWO memaklumkan kekurangan CIC yang amat kritikal telah menyukarkan keadaan mangsa penderaan seksual dan fizikal. - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mangsa penderaan kanak-kanak di kawasan luar bandar Sabah terpaksa berjalan ratusan kilometer semata-mata untuk menuntut keadilan.

Mangsa penderaan di bawah 12 tahun perlu merekodkan sendiri keterangan mereka di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang hanya terletak di Kota Kinabalu.

Seorang ibu kepada mangsa cabul oleh bapa saudara berusia 7 tahun memberitahu The Vibes, beliau memerlukan kekuatan untuk melaporkan perkara berkenaan ke pihak berkuasa, apatah lagi dia sering dipujuk oleh ahli keluarga lain agar mendiamkan perkara itu.

Katanya, dia bagaimanapun memutuskan untuk membuat laporan di balai polis di daerah tersebut tanpa pengetahuan sesiapa.

Sebaik laporan selesai dibuat, ibu malang berkenaan diberitahu bahawa dia perlu pergi ke CIC Kota Kinabalu yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) bagi membolehkan keterangan anak perempuannya dirakam.

“Pada mulanya, saya berfikir untuk melakukan ini (membuat laporan) tanpa pengetahuan saudara mara. Namun, disebabkan CIC terletak di bandar dan saya terpaksa pergi ke Kota Kinabalu, mereka akhirnya akan tahu juga bahawa saya melaporkan kes ini kepada polis.

“Saya tetap bertekad untuk mendapatkan keadilan, jadi kami menaiki bas keesokan harinya,” katanya.

Menurut ibu mangsa, dia bertuah kerana mempunyai simpanan yang boleh digunakan untuk membiayai perjalanan dan tidak dapat membayangkan, bagaimana nasib mereka yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian.

Seorang lagi ibu kepada mangsa penderaan seksual berkata, pegawai penyiasat yang mengambil kesnya menawarkan diri untuk membiayai kos pengangkutan dan hotel di Kota Kinabalu. 

Bercakap kepada The Vibes beliau berkata, bantuan diberikan pegawai polis tersebut amat bermakna, apatah lagi menggunakan duit poket sendiri.

Katanya, dia amat bertuah apabila kes menimpa anaknya itu mendapat perhatian semua anggota serta pegawai polis terlibat, termasuk memberikan bimbingan sejak awal mengenai prosedur yang bakal dilalui. 

Tindakan proaktif pegawai dan anggota polis berkenaan membuktikan bahawa mangsa penderaan sememangnya diberi peluang untuk mendapat keadilan sewajarnya.

The Vibes dimaklumkan, CIC pada awal tahun ini dengan turut disertai pakar pergi ke pantai timur Sabah untuk merekodkan kenyataan mangsa dera termasuk di Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Beluran dan Kinabatangan.

Sementara itu, Ahli Majlis Eksekutif Kumpulan Sumber Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Jollify Daniel berkata, aktivis SAWO telah menemui mangsa di daerah luar bandar yang menghadapi masalah sama, iaitu kekurangan kemudahan CIC di daerah luar bandar, khususnya di sebelah timur.

Beliau berkata, ramai ibu mangsa sukar untuk membawa kes sedemikian ke mahkamah kerana ia akan melibatkan banyak proses yang sukar difahami, selain dibataskan kekangan kewangan.

Insiden seumpama itu jelasnya, turut dilihat sebagai menjatuhkan maruah keluarga.

“Ada keadaan kami terpaksa memujuk ibu mangsa supaya berani melaporkan kes mereka terutamanya kes penderaan seksual dan fizikal kepada polis. 

“SAWO mendapati, kekurangan CIC yang amat kritikal menyukarkan keadaan mangsa,” katanya.

Exco SAWO, Doreen Kissey berkata, terdapat keperluan untuk menubuhkan lebih banyak CIC di Sabah bagi membolehkan kapasiti operasi mencapai paras maksimum.

“Pihak berkuasa juga perlu memastikan kakitangan yang bertugas di pusat itu dapat menjalankan tugas mereka secara profesional. 

“Perlu ada bajet yang mencukupi untuk melengkapkan CIC ini dan untuk latihan berterusan kakitangan,” ujarnya.

Baru-baru ini, terdapat perbincangan mengenai rancangan untuk menubuhkan pejabat CIC di Tawau dan Sandakan.

Bagaimanapun, sehingga laporan ini ditulis, The Vibes masih belum menerima pengesahan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berhubung kesahihan perkara itu.

Kota Kinabalu terletak kira-kira 450km dari Tawau dan 330km dari Sandakan. – The Vibes, 18 Jun 2022



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad