web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuduhan Bersubahat Dengan Rumah Bonda Adalah Fitnah - KPWKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 8:50AM

Rina Mohd Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan mengatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersubahat melindungi Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataannya memaklumkan segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Julai 2021 ke atas pusat itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasi dan menangguk di air yang keruh adalah tidak wajar pada waktu perbicaraan Kes Bella masih lagi berjalan di mahkamah.

“Perbincangan lanjut bersama pihak Jabatan Peguam Negara akan dilaksanakan dan laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibuat bagi memastikan tuduhan seperti ini tidak berulang lagi,” menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu merujuk kepada satu hantaran dimuat naik dalam laman Instagram pada 12 Jun lepas yang mempertikaikan nilai kompaun penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda hanya RM5,000 dan menuduh Rina bersubahat melindungi pusat jagaan berkenaan. 

KPWKM berkata tindakan penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda telah dimulakan sejak Julai tahun lepas dan berdasarkan siasatan didapati ia tidak berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) yang merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.

“Susulan itu, tindakan lak (seal) terhadap premis berkenaan telah diambil pada 12 Julai selaras dengan Seksyen 16A Akta 506. Kertas siasatan juga telah dibuka dan tindakan kompaun telah diambil selaras dengan seksyen 21A Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 serta dibuat dengan keizinan Pendakwa Raya berdasarkan fakta-fakta kes yang jelas,” menurut kenyataan itu lagi. 

KPWKM berkata amaun kompaun RM5,000 yang telah dikenakan terhadap pengendali Rumah Bonda adalah amaun kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Akta 506 dan sekiranya tidak dibayar dalam tempoh ditetapkan, pendakwaan di mahkamah boleh dibuat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan