web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peserta Perhimpunan Tuntut Kebebasan Badan Kehakiman Akan Dipanggil Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 6:32PM

Seramai lebih kurang 220 orang terdiri daripada ahli Majlis Peguam berhimpun di Padang Merbok hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua individu yang terbabit dalam perhimpunan ‘Walk For Judicial Independent’ di tempat letak kereta Padang Merbok di sini, hari ini akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan susulan penganjuran perhimpunan tersebut.

“Hasil pemerhatian, didapati seramai lebih kurang 220 orang terdiri daripada ahli Majlis Peguam (Bar Counsil) dan beberapa individu (yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti) berhimpun.

“Mereka mengadakan perhimpunan ‘Walk For Judicial Independence’ sambil memegang plakad dan sepanduk bertulis ‘Jom Jalan 4 Judicial Indepence’ serta ‘pertahankan kebebasan kehakiman’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Peraturan 6 dan 7 serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022.

“Semua individu terlibat perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya.

Noor Dellhan berkata, polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil jika mereka berbuat demikian.

Terdahulu, ratusan peguam berkumpul di parkir Padang Merbok sebelum cuba berarak menuju ke Parlimen dengan membawa memorandum untuk menggesa badan kehakiman tidak diganggu.

Bagaimanapun, mereka gagal berbuat demikian selepas dihalang polis sebelum Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjumpa peserta perhimpunan.

Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn kemudian menyerahkan memorandum dibawa pihaknya kepada Mas Ermieyati sebagai wakil kerajaan. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalau YB Tak Tunjuk Contoh Baik, Bagaimana Rakyat Nak Patuh Undang-Undang - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja