web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalau YB Tak Tunjuk Contoh Baik, Bagaimana Rakyat Nak Patuh Undang-Undang - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:04PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahguna Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak asasi untuk berhimpun, sebagai alasan untuk melanggar undang-undang negara terutama ketika mahu menganjurkan perhimpunan. 

Katanya, pihak berkenaan sewajarnya perlu merujuk Artikel 10(2) Perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap kebebasan untuk berhimpun, berucap dan sebagainya memiliki had tertentu yang perlu dipatuhi.

Beliau yang cukup terkenal dengan ketegasannya itu turut menempelak individu bergelar 'Yang Berhormat' kerana tidak menunjukkan contoh baik kepada masyarakat berhubung perkara berkenaan.

"Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan serta ketenteraman awam dan perkara itu kena jelas. Polis tak akan bertolak ansur serta jangan jadikan itu sebagai alasan untuk melanggar undang-undang.

"Undang-undang ini dibuat untuk dipatuhi dan digubal dalam Parlimen oleh 'Yang Berhormat' jugalah. Jadi kalau 'Yang Berhormat' tak tunjuk contoh baik kepada masyarakat, bagaimana masyarakat nak patuhi undang-undang?

"Tak guna kita buat undang-undang tetapi tak patuh dengannya," katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah Siri 1/2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah Siri 1/2023 kepada seorang penerima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. gambar Rafisqi Radhi
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kedah Siri 1/2023 kepada seorang penerima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara semalam sudah melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Ayob Khan berkata, pihaknya akan memanggil 25 individu untuk diambil keterangan dan sudah menghubungi 22 daripadanya hari ini.

"Lima daripada mereka akan diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok, manakala seorang lagi akan berbuat demikian lusa. Selebihnya akan dipanggil kemudian.

"Ada antara mereka yang dipanggil memberi keterangan itu adalah wakil rakyat dan individu bergelar datuk. Terdapat beberapa pelanggaran undang-undang dikenal pasti antaranya tiada pemberitahuan mengenai perhimpunan, berhimpun di kawasan larang iaitu masjid dan membawa kanak-kanak menyertai himpunan," katanya.

Mengulas rasa tidak puas hati disuarakan pihak tertentu berkaitan Akta Perhimpunan Aman yang didakwa memberi 'lesen' kepada semua pihak untuk berhimpun, Ayob berkata, perhimpunan itu memang tidak memerlukan permit tetapi penganjur perlu menyampaikan notis dalam tempoh lima hari sebelum ia berlangsung dan mematuhi kira-kira 14 syarat ditetapkan.

"Antaranya kena minta kebenaran pemilik kawasan terbabit untuk mengadakan perhimpunan. Selain itu, perlu juga dinyatakan dengan jelas lokasi sebenar perhimpunan dan apabila tidak dinyatakan dengan jelas, itu menyukarkan pihak polis membuat kawalan.

"Bayangkanlah sekejap buat di Masjid Kampung Baru, sekejap dekat Sogo. Jadi, kita perlu atur gerak anggota dan pegawai untuk pastikan keselamatan lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menempelak pihak tertentu yang bercakap mengenai soal hak asasi berhimpun secara berdegar-degar. 

"Hak asasi untuk pemilik kawasan dan orang yang berada di situ bagaimana pula? Hak asasi peniaga di situ?

"Begitu juga dengan hak asasi orang ramai untuk bergerak secara bebas, itu tak perlu diambil kira?" soalnya.

Tidak berhenti setakat itu, Ayob turut mengeluarkan amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk mengadakan lagi perhimpunan seperti itu.

"Saya difahamkan ada juga khabar angin serta kenyataan dikeluarkan kumpulan ini yang mengatakan mereka nak buat lagi perhimpunan. Maka saya katakan, kita akan ambil tindakan tegas.

"Jangan bandingkan dulu dengan sekarang. Sekarang ini kalau buat sahaja tindakan melanggar undang-undang, kami akan tangkap tanpa mengira siapa. Kalau kita tak tegas, 'benda' ini akan merebak," katanya. - Getaran, 17 September 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran