web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM1 Juta Khidmat Guaman Bantu Gologan Tidak Berkemampuan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 6:25PM

Ismail Sabri merasmikan sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi penubuhan Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menawarkan khidmat guaman kepada Keluarga Malaysia yang tidak berkemampuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata yayasan yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) itu dinamakan bersempena nama tokoh perundangan yang amat disegani selain menghargai jasa dan sumbangan tokoh berkenaan.

Beliau berkata PARFUM sebelum ini berhasrat  menubuhkan klinik bantuan guaman sebagai platform bekas mahasiswanya untuk berbakti melalui tawaran perkhidmatan guaman secara percuma atau pro bono.

“Saya amat menyokong cadangan murni ini, kerana ia senada dengan misi saya dan kerajaan untuk sentiasa membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan guaman,” katanya dalam ucapan pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Turut hadir Dekan Fakulti Undang-Undang UM Prof Madya Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; Presiden PARFUM Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 sebagai dana permulaan untuk mewujudkan Tabung Kebajikan Keluarga Malaysia bagi membantu siswazah Fakulti Undang-Undang UM daripada keluarga B40.

Selain itu, bagi pembangunan semula ASEAN Legal Information Portal menerusi penjenamaan semula ASEAN Law Guide, Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi merealisasikan tujuan itu.

Mengulas sambutan istimewa 50 tahun fakulti itu, Ismail Sabri yang merupakan alumni Fakulti Undang-Undang UM meluahkan rasa bangga dengan pencapaian fakulti itu yang menyaksikan ramai mahasiswanya mencipta nama dalam sistem demokrasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kejayaan alumni Fakulti Undang-Undang UM dapat dilihat dalam badan kehakiman, sektor  perundangan, pentadbiran negara, politik tanah air, badan korporat, pendidikan negara, institusi antarabangsa dan lain-lain.

“Tiga institusi penting yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi negara dipimpin alumni fakulti ini iaitu Badan Eksekutif dipimpin oleh saya sebagai Perdana Menteri.

“Badan Kehakiman diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, manakala Badan Legislatif diketuai Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan masing-masing produk fakulti ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar