Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UKSB Beri RM1.3 Juta Kepada Muhyiddin - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 3:07PM

Ahmad Zahid (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi perbicaraan berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.

Ketika ditanya Ahmad Zaidi, siapakah ‘TSM’ yang tercatat di dalam lejar tersebut, saksi itu menjawab, “Tan Sri Muhyiddin”.

Saksi ke-17 itu kemudian memberitahu mahkamah bahawa dana itu dibayar secara tunai kepada Muhyiddin pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.

“Pada 4 Jun 2018 sebanyak RM300,000; 4 Julai 2018 sebanyak RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000,” katanya.

Tan turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa pada 2018, Muhyiddin ialah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid selain mengesahkan projek UKSB (VLN) masih di bawah KDN.

Ahmad Zaidi: Mengenai TSM, pembayaran dibuat berhubung VLN, untuk kerajaan pada masa itu?

Tan: Ya, kerajaan pada masa itu.

Selain Muhyiddin antara ahli politik lain yang disebut-sebut sepanjang prosiding hari ini ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Saksi itu turut mengesahkan berdasarkan catatan lejar itu, UKSB memberi Khairy dana keseluruhan sebanyak RM3.7 juta manakala Reezal Merican, berdasarkan laporan forensik SPRM, antara RM200,000 dan RM300,000.

Ditanya Ahmad Zaidi lagi, sama ada Reezal Merican ialah Timbalan Menteri Luar pada masa itu, saksi itu menjawab, “Saya tidak pasti”.

Tan juga bersetuju dengan peguam itu bahawa ‘MOR’ dan ‘FM’ di dalam lejar tersebut merujuk kepada ‘Minister Of Rural’ (Menteri Luar bandar) iaitu Mohd Shafie dan ‘Foreign Minister’ (Menteri Luar) iaitu Anifah.

Ahmad Zaidi: Sebahagian besar pembayaran itu adalah sumbangan politik?

Tan: Ya betul.

Ahmad Zaidi: Sudah tentu, kepada Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) itu sumbangan politik?

Tan: Ya betul.

Sementara itu, saksi tersebut tidak bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang turut mewakili Ahmad Zahid bahawa beliau bersama dua pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani bersubahat melakukan jenayah, pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat yang sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 25 Julai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket