web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bon Odori: Istana Sanggah Kenyataan PAS Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 2:12PM

Sultan Selangor hanya menyatakan mengenai pendirian baginda untuk tidak menyekat festival kebudayaan Jepun itu. - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berhubung sesi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disanggah Istana Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, kenyataan Roslan Shahir menerusi laporan disiarkan sebuah portal berbahasa Inggeris semalam adalah tidak tepat sama sekali.

Malah beliau berkata, laporan berita bertajuk ‘Tiada masalah antara kami, kata PAS Selangor selepas mengadap Sultan’, tidak berlaku.

“Kandungan berita tersebut memetik kenyataan ‘baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori. Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda.

“Ia adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak sebenarnya berlaku ketika Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi menghadap Sultan Selangor pada tarikh berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sultan Selangor hanya menyatakan mengenai pendirian baginda untuk tidak menyekat festival kebudayaan Jepun ‘Bon Odori’ yang akan diadakan di Selangor.

Katanya, hal tersebut adalah disebabkan Sultan Selangor berpandangan festival tersebut hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehinggalah satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan, sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, sesi mengadap yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam turut disaksikan beberapa orang Ahli Dewan di-Raja Selangor.

“Antara dititahkan hadir adalah Pengerusia Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah dan Datuk Salehuddin Saidin,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad