web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Maut, 39 Cedera Kemalangan Bas, Lori

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 11:41AM

Bas tersebut membawa 45 penumpang yang terdiri daripada 14 lelaki, 23 wanita dan lapan kanak-kanak. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang maut manakala 39 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori bermuatan alat ganti kenderaan di Kilometer 425.8, arah Bukit Tagar-Bukit Beruntung awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa yang maut adalah wanita berusia 52 tahun dan dikatakan isteri kepada pemandu bas tersebut.

Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di bahagian penumpang hadapan bas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di Kilometer 425.8 arah selatan, bas tersebut melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Akibat kemalangan, mangsa iaitu penumpang hadapan bas meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan, bas tersebut membawa 45 penumpang yang terdiri daripada 14 lelaki, 23 wanita dan lapan kanak-kanak.

Beliau berkata, penumpang bas yang mengalami cedera ringan dibawa menggunakan bas lain disediakan syarikat pengangkutan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat untuk tampil supaya tindakan selanjutnya dapat diambil,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan