web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada ‘Wahyu’, BERNAMA Buat Liputan Perhimpunan Agung UMNO Secara Seimbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 11:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia  (BERNAMA) kononnya menerima ‘wahyu’ untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO  (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar, kata Ketua Pengarang Abdul Rahman Ahmad.

Menegaskan bahawa BERNAMA membuat liputan seimbang, beliau berkata dakwaan laporan Getaran, yang menyatakan bahawa ‘Laporan PAU 2020 Bernada Sendu, BERNAMA Terima Wahyu?’ itu tidak benar sama sekali.

“BERNAMA sama sekali tidak menerima sebarang ‘wahyu’ seperti yang didakwa oleh Getaran berhubung liputan Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC),” katanya.

Laporan Getaran itu telah memetik satu sumber Bernama yang enggan dikenali mendakwa kononnya ada ‘wahyu’ supaya tidak menyiarkan laporan berbentuk negatif tentang Bersatu.

Beliau berkata BERNAMA telah menugaskan sepasukan 20 orang terdiri daripada wartawan, jurufoto, jurukamera TV dan wartawan penyiaran TV dan radio untuk membuat liputan perhimpunan agung tahunan UMNO kali ini.

Abdul Rahman menegaskan arahan BERNAMA kepada pasukan petugas ialah membuat liputan secara profesional seperti yang diamalkan semasa mesyuarat agung tahunan, persidangan atau perhimpunan agung tahunan parti-parti politik sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Muar, Syurga Makanan Asli Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Walaupun Kena Saman, Hormat Perlu Ada...

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Punya Pasal, Pemain Dan Jurulatih Kejar Pengadil

4

Semasa 3 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran