web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Halalkan' Pendatang Tanpa Izin Sebagai Tenaga Kerja Boleh Bawa Kesan Buruk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 6:10PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Idea untuk menghalalkan pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh membawa kesan yang tidak diingini kepada tenaga kerja negara, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata tindakan terbaik sebenarnya ialah menghantar pulang tanpa izin itu ke negara asal mereka jadi tidak timbul masalah terutama membabitkan tenaga kerja negara.

“Ia adalah idea ‘bodoh’ untuk membenarkan (mereka bekerja) sedangkan mereka masuk secara haram ke negara anda, mereka mesti dihantar pulang dan bukan menghalalkan mereka, jika pendatang haram datang ke negara anda dan mereka dihalalkan bermakna kita akan mempunyai lebih ramai pendatang tanpa izin ke negara ini.

“Kita tidak sepatutnya melakukan apa-apa yang menggalakkan pendatang tanpa izin datang ke negara kita," katanya pada sidang media selepas melancarkan forum kebangsaan bertajuk “Penghijrahan Modal Insan dan Kesannya Terhadap Sabah” di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp Datuk Seri Jamil Salleh.

Sementara itu, Saravanan menyuarakan kebimbangannya berhubung penghijrahan terutama melibatkan golongan muda dari Sabah ke negeri lain dalam usaha mencari peluang ekonomi yang lebih baik.

Beliau berkata pada tahun 2020 sahaja, seramai 45,900 orang dari Sabah berhijrah dari negeri ini.

“Kementerian komited untuk bekerjasama dengan semua pihak di Sabah untuk membangun dan melaksanakan dasar yang boleh menarik pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan peluang baharu untuk bakat mahir dan pekerja berpengetahuan di negeri ini.

“Kementerian akan terus memperkenalkan inisiatif yang dapat membantu rakyat Sabah untuk meningkatkan kemahiran, latihan semula, kemahiran silang dan pelbagai kemahiran melalui agensi kami HRD Corp.

“Ini akan dilengkapkan dengan program yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan TalentCorp,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam