web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Seludup 828 Kg Ayam Sejuk Beku, PGA Tahan Seorang Lelaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 1:33PM

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 838 kilogram ayam sejuk beku dari negara jiran di Kampung Bukit Lata, di Pasir Mas, semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sebelum dapat menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menyeludup 838 kilogram (kg) ayam sejuk beku dari negara jiran bernilai RM10,350 berdekatan Kampung Bukit Lata di Pasir Mas, semalam.

Komander PGA Briged Tenggara, Datuk Hasan Basri Ahmad Safar berkata insiden bermula sekitar pukul 9 pagi apabila anggota PGA ternampak lelaki mencurigakan sedang memunggah kotak daripada sebuah perahu ke dalam kereta berdekatan pangkalan haram Jitong di tebing Sungai Golok.

Beliau berkata menyedari kehadiran anggota PGA, suspek yang berumur 27 tahun itu bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaan dan cuba merempuh beberapa anggota PGA yang cuba menghalangnya.

"Anggota PGA terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar hadapan dan belakang sebelah pemandu kenderaan itu sebelum suspek berjaya ditahan di Kampung Bukit Lata," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pemeriksaan di dalam kenderaan suspek membawa kepada penemuan 69 kotak berisi ayam sejuk beku yang disyaki diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan, dan suspek didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kereta dan ayam sejuk beku adalah bernilai RM25,350 dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata Api dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 46 minit yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran