web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Buru Warga Asing Sokong Parti, Ahli Politik India Hina Rasulullah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 10:25PM

Tangkap layar dari video TikTok yang menunjukkan sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan kuil Batu Caves untuk menyatakan sokongan kepada ahli politik parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan kuil Batu Caves untuk menyatakan sokongan kepada ahli politik parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma yang menghina Nabi Muhammad SAW menerima padah apabila mereka diburu Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung tindakan tersebut.

Menurut beliau, siasatan berhubung penularan video di aplikasi TikTok yang memaparkan rakaman sekumpulan lelaki dipercayai warga asing terbabit sudah mula dijalankan.

“Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyokong perjuangan Hindu Samachar serta ahli politik dari parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Rakaman video berdurasi 1 minit 18 saat itu yang memperoleh 16,000 tontonan, 53 tanda suka dan 302 komen tular melalui pelbagai aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan dan mungkin mendatangkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Abd Jalil berkata, siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar