web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAPSMA Gesa Kerajaan Siasat Ejen Pengambilan Pekerja Asing Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 7:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyiasat dakwaan terdapat ejen pengambilan pekerja asing luar negara yang menawarkan majikan kaedah lebih mudah dan kelulusan lebih cepat berbanding prosedur biasa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata, ahli-ahli pertubuhan itu mendakwa pelanggan mereka telah ‘dicuri’ oleh ejen pengambilan dari Bangladesh dan Nepal dengan menjanjikan kelulusan lebih cepat yang di luar daripada kebiasaan diamalkan kementerian.

“Banyak pelanggan kami telah beralih ke agensi asing dan wakil mereka di Malaysia yang menjanjikan kelulusan lebih pantas dan kaedah tanpa prosedur normal bagi kelulusan pengambilan pekerja, seperti mana yang kita fahami.

“PAPSMA menggesa pihak berkuasa untuk memeriksa perkara ini yang terjadi dalam proses kelulusan dan jika ada, menangani kekecewaan disebabkan oleh proses itu kerana tidak mengikut prosedur biasa ditetapkan kementerian sebelum ini,” katanya hari ini.

Beliau menambah, pihaknya sekali lagi ingin menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk membuat libat urus bersama ejen-ejen pengambilan pekerja Malaysia yang terlibat dalam proses pengambilan dan perniagaan di negara ini dan bukan oleh ejen asing.

Menurutnya, ejen-ejen asing tersebut tidak mempunyai lesen atau kuasa untuk pengambilan pekerja asing di Malaysia.

“Jika kita tidak boleh melakukan perniagaan pengambilan di mana-mana negara asing, bagaimana ejen pengambilan pekerja asing ini boleh berniaga di Malaysia dan mengambil pelanggan sah kita tanpa kelulusan kementerian atau oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, proses pengambilan pekerja asing membabitkan tiga negara iaitu Indonesia, Bangladesh dan Kemboja akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dilaporkan sebagai berkata, ketika ini kementerian berada pada proses terakhir membabitkan prosedur pengambilan, proses teknikal dan pemeteraian memorandum dengan ketiga-tiga negara itu.

Terbaru, beliau ke Dhaka, Bangladesh bagi membincangkan perkara berkenaan dengan rakan sejawatan dan Perdana Menteri negeri itu awal bulan ini. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad