web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Kaji Semula Pelaksanaan Cuti Hujung Minggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 2:21PM

Onn Hafiz berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.

“(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) di sini hari ini.

Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutuan itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim  Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamatan bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.

Katanya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuhkan Program Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaan di kawasan-kawasan ‘panas’ jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.

Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad