Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Dinaiktaraf Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 9:03AM

Petugas SNBJ menggunakan penyodok sampah untuk menolak keluar air dari padang, menjadi bahan jenaka. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu padang bola sepak tidak berkualiti di beberapa stadium di negara ini, termasuk yang bertaraf antarabangsa, seperti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sering diperkatakan sejak dahulu namun sehingga kini masih belum bernoktah.

Terbaharu, selepas perlawanan Harimau Malaya menentang Bahrain sempena Kelayakan Piala Asia 2023 di SNBJ pada Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan negara tewas, timbul kecaman dan perbalahan dalam kalangan penyokong bola sepak dengan mempertikaikan keadaan padang tidak rata serta rosak sehingga air bertakung akibat hujan lebat.

Malah tindakan beberapa petugas di SNBJ yang menggunakan penyodok sampah untuk menolak keluar air dari padang, menjadi bahan jenaka dan dianggap menjatuhkan imej negara.

Di sebalik isu panas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi berkata, pihaknya sedang dalam proses akhir untuk membaik pulih stadium berkenaan yang meliputi beberapa bahagian.

Menurut beliau, ketiadaan aktiviti di stadium selama lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19 merosakkan sejumlah besar prasarana dimiliki, termasuk struktur dan kondisi padang.

“Sebelum ini Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan menaja pit rumput jenis Zeon Zoysia yang turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim di Johor.

“Pasukan teknikal PSM dan pasukan teknikal baginda dalam perbincangan rapi berhubung perkara ini,” katanya seperti dipetik oleh The Vibes.

Sebelum ini, Tunku Ismail dalam ciapan di Twitter bertitah, kos tajaan itu dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

Sementara itu, mengulas tindakan ‘membuang’ air menggunakan penyodok sampah yang secara tidak langsung mengakibatkan padang tersebut rosak, Faidz berkata, perlawanan Malaysia menentang Bahrain itu sebaiknya ditangguhkan sekurang-kurangnya 30 minit bagi memberikan masa untuk sistem perparitan padang berfungsi dengan lebih baik.

Mohd Faidz Sanusi
Mohd Faidz Sanusi

“Cadangan agar perlawanan itu ditangguhkan kepada jam 9.30 malam diutarakan pada masa perlawanan, namun ia tetap diteruskan seperti waktu ‘kick-off’ yang ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sudah menegaskan penangguhan itu sangat diperlukan selepas hujan lebat tanpa henti lebih dua jam di sekitar Bukit Jalil.

Jelas Mohd Faidz, padang SNBJ mempunyai sistem pengaliran air tersendiri, iaitu air akan keluar mengikut saluran sudah dibuat di bawah padang apabila hujan lebat, namun ia memerlukan sedikit masa.

Apapun, katanya, PSM sekali lagi menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memastikan baki perlawanan kejohanan kelayakan piala itu berlangsung lebih baik serta teratur.

“PSM bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memulakan proses penukaran padang (rumput) stadium yang dijadualkan suku pertama tahun hadapan, selain penambahbaikan di SNBJ sejurus selesai acara lain yang sudah ditempah penganjur pada tahun ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua perlawanan terakhir bagi Kumpulan E saingan kelayakan piala itu di stadium berkenaan akan tetap berlangsung seperti dijadualkan.

Berdasarkan tinjauan Getaran mengenai maklum balas orang ramai, persoalan perlu dilihat adalah siapakah harus dipersalahkan susulan keadaan padang SNBJ ‘bertukar menjadi bendang’ pada perlawanan itu, sekali gus menyebabkan imej Malaysia sebagai tuan rumah tercalar.

Apa lebih memalukan adalah apabila petugas terpaksa menggunakan penyodok sampah atau kertas kadbod untuk membuang air selepas hujan lebih dua jam.

Orang ramai turut mempersoal apakan pihak bertanggunjawab, tidak mempunyai fasiliti alternatif untuk mengurangkan air di padang akibat hujan lebat, walaupun stadium terbabit sedia mempunyai sistem pengaliran air tersendiri - Getaran, 14 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Jamin Kualiti Padang SNBJ, PSM Guna Tenaga Pakar Untuk Konsert Ed Sheeran

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rumah Bekas Pemandu Isteri PM Rosak Ditimpa Pokok Sawit

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

Semasa 1 hari yang lalu

5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

oleh Wartawan Getaran