web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Bainun Pegang Dagu, Paksa Bella Makan Nasi Goreng Ada Banyak Cili - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 5:28PM

Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, memegang dagu Bella dan memaksa remaja perempuan sindrom Down itu makan nasi goreng bercampur cili yang banyak.

Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata ketika kejadian, beliau duduk di meja makan di sebuah kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun pada Mei 2021.

“Bella sedang berdiri depan peti ais manakala Bainun berdiri depan Bella, dan depan mereka ada bangku kayu. Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.

“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng berserta cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan.

“... saya terkejut kenapa buat Bella macam itu, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak confront (bersemuka) dengan Bainun sebab saya bimbang kalau confront, saya tidak pasti reaksi dia,” kata Suhana semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.

Pada prosiding sebelum ini, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 18, memberitahu mahkamah bahawa Bella telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk, ketika bulan puasa oleh Siti Bainun.

Sementara itu, Suhana berkata beliau melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka Bella, ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Bainun sebab Bainun ajak makan ‘King Crab’ masak ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah itu pada 5 petang, saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan dan terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan, itulah keadaan Bella paling teruk yang saya pernah lihat,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata sepanjang berada di rumah berkenaan, beliau melihat waktu makan Bella tidak teratur dan selama remaja itu diminta berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun, dia tidak nampak sesiapa memberi makanan dan minuman kepada remaja itu.

Kepada soalan Nor Azizah, bagaimana keadaan Bella semasa remaja itu tidak diberi makanan dan minuman selama berjam-jam, Suhana berkata remaja itu berdiri sahaja dan tidak boleh bercakap.

“Siti Bainun cakap tak boleh bagi Bella minum nanti dia kencing. Saya rasa nak bagi dia (Bella) makan dan minum, tapi saya tidak pasti tindakan saya itu menimbulkan kemarahan kepada Siti Bainun atau tidak, kalau saya beri (makan dan minum) saya takut tidak ikut peraturan dalam rumah itu, saya tak nak memandai-mandai kerana itu rumah dia (Siti Bainun),” kata Suhana.

Menurut Suhana, rumah Siti Bainun tidak mudah diakses kerana untuk memasuki lobi kondominium berkenaan perlu mendapatkan kod bar.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam