web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UKSB Salur Sumbangan Melalui UMNO Rembau - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 4:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -

Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihaknya ada menyalurkan sumbangan kepada UMNO Bahagian Rembau yang ketika itu Khairy Jamaluddin merupakan Timbalan Ketua Bahagian.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata sumbangan antara RM50,000 dan RM200,000 untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan itu, tidak diberikan secara terus kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang lebih dikenali sebagai KJ.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama mengenai cara beliau membantu Khairy, saksi itu menjawab, “Bantuan politik kepada KJ bukan sahaja di peringkat bahagian, ia juga peringkat nasional kerana ketika itu dia adalah ahli politik peringkat nasional.

“Sebagai contoh jika berlaku bencana dan sebagainya saya akan bantu, untuk program bantuan kemanusiaan, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) saya akan bantu juga,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-16 itu juga berkata beliau memberikan bantuan kewangan kepada Khairy mengikut keadaan (keperluan), dan tidak memberikannya secara bulanan.

“Sumbangan untuk KJ, saya tidak bagi terus, saya urus sendiri. Maksudnya, kalau ada program yang perlukan bantuan saya akan bantu, saya boleh kawal dari segi kegunaan kewangan.

“Sudah pasti untuk KJ dia tiada kaitan dengan hal ini (kontrak Visa Luar Negara, VLN) dan tiada peruntukan besar untuknya. Tetapi, VLN berkait dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) adalah menteri yang bertanggungjawab masa itu, dan beliau juga adalah timbalan presiden UMNO, saya fikir tanggungjawabnya lebih besar,” katanya.

Sebelum itu, saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun bekas pengarah UKSB memberitahu mahkamah bahawa catatan ‘KJ’, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku ‘faraid’ UKSB yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri, bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan