web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shahidan Kembali Terajui KOM Selepas Sedekad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 3:18PM

Shahidan Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kembali memimpin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas 10 tahun apabila berjaya menewaskan penyandang Presiden Datuk SM Muthu dengan perbezaan empat undi.

Pemilihan bagi penggal 2022-2025 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini, menyaksikan Shahidan menerima 20 undi berbanding Muthu yang mendapat 16, manakala seorang lagi calon Nur Hayati Karim menarik diri.

Shahidan yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perlis (POAPs), memegang jawatan nombor satu KOM dari 2006 hingga 2012, namun tewas kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pemilihan bagi penggal 2013-2015.

Muthu berjaya menduduki kerusi itu selepas menewaskan ‘gurunya’ Karim Ibrahim pada pemilihan bagi 2019-2022.

Shahidan yang ditemui pemberita berkata keutamaannya sebagai Presiden adalah atlet dan meningkatkan prestasi sukan olahraga di peringkat Sukan SEA, Asia, Komanwel dan seterusnya di Olimpik.

“Prestasi yang cemerlang dah pamerkan dalam (Persatuan) Renang Malaysia, jadi untuk olahraga, bagi peluang dulu. Saya akan buktikan dulu, yang paling dekat Sukan SEA Kemboja Mei depan.

“Boleh tanya soalan kepada saya selepas Sukan SEA nanti setelah melihat prestasi pasukan. Kita akan bincang mengenai pelantikan Pengerusi kejurulatihan dan perkara-perkara penting yang lain dalam mesyuarat pertama kita dalam masa terdekat,” katanya.

Perebutan bagi kerusi Timbalan Presiden menyaksikan Datuk Fadzil Abu Bakar dan Datuk Seri V Pulanthiran terikat apabila masing-masing menerima 18 undi, namun Fadzil diangkat sebagai pemenang selepas mendapat undi daripada pengerusi mesyuarat.

Penyandang Datuk Mumtaz Jaafar tidak dapat mempertahankan jawatan itu selepas badan induk negerinya iaitu Persatuan Olahraga Selangor dibatalkan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan sebelum ini.

Bagi empat jawatan Naib Presiden pula, dua penyandang iaitu Josephine Kang dengan 35 undi dan Datuk Mark William Ling (23) berjaya mempertahankan kerusi itu, Sallehuddin Satar (31) dan Syamsul Bani Abdullah (29) menjadi muka baharu manakala penyandang Datuk R. Annamalai tewas dengan memperoleh 22 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Politik 3 tahun yang lalu

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru Diadakan 27 Mei Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

4

Politik 3 tahun yang lalu

Keputusan Pemilihan UMNO Bukti Sokongan Padu Kepada Kerajaan Perpaduan - Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar