web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru Diadakan 27 Mei Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 1:05PM

Namun lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada caretaker UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lepas akan diadakan pada 9 pagi, 27 Mei ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Abdul Halim Suleiman, namun beliau berkata lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada caretaker UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

"Kita (UMNO Johor) diberikan tanggungjawab untuk menyelaras perkara itu, namun UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengeluarkan notis dalam tempoh 14 hari," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata proses pemilihan itu akan melibatkan kesemua jawatan di peringkat Bahagian termasuk Pengerusi Tetap, Ketua Bahagian dan Ketua Sayap.

Pada 18 Mac lepas, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru dilaporkan ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.

Pada 1 April lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata proses  pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung akan diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sebelum ini, proses pemilihan UMNO dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar