Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hampir 1 dalam 4 di seluruh dunia berisiko dilandar banjir teruk: kajian 1 jam yang lalu: Ecuador isytihar darurat baharu ketika penunjuk perasaan tuntut rundingan 1 jam yang lalu: Wartawan dibunuh di Mexico, ke-12 tahun ini 1 jam yang lalu: 'Tiada kemajuan' dalam rundingan nuklear Iran: Jabatan Negara AS 1 jam yang lalu: Russia di sebalik pengeboman 'jenayah perang' teater Mariupol: Amnesty

IKUTI KAMI


3 Wanita Termasuk 2 Beradik Lemas Di Sungai Lata Changkah

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kegembiraan tiga wanita termasuk dua beradik berkelah di Sungai Lata Changkah, Ulu Seladang di Setiu dekat sini semalam berakhir dengan tragedi selepas terjatuh ke dalam sungai dan disahkan lemas selepas dibawa ke Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Affandi Hussin berkata mangsa adalah Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 dan adiknya Syariatul Noor Safiqa , 26 yang berasal dari Kampung Hilir Maras di Kuala Nerus manakala seorang lagi mangsa iaitu sepupu mereka Siti Aishah Mazalan, 19, berasal dari Kampung Mengabang Telung , Kuala Nerus.

Katanya difahamkan kejadian berlaku apabila kesemua mangsa telah hampir selesai berkelah bersama keluarga pada sekitar 2.30 petang sebelum salah salah seorang daripada mereka tergelincir lalu jatuh.

“Semasa jatuh mangsa telah menarik bersama-samanya dua orang lagi mangsa lain. Ketiga-tiga mangsa kemudiannya cuba diselamatkan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Setiu kira-kira 45 kemudian. 

Namun kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya hasil siasatan mendapati kawasan kejadian tersebut adalah terlindung dan tidak dapat dilihat dari tepi jalan serta agak bercerun.

Sehubungan itu Affandi menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa berkelah di sungai dan sentiasa peka pada keselamatan serta mengelakkan tempat berisiko seperti kawasan yang dalam dan berarus deras. - Bernama

Sorotan

1

Warga Emas Hadapi 17 Pertuduhan Rogol Ke Atas 2 Beradik

2

Lufya Berdepan Detik Cemas Dipukul Lelaki Yang Cuba Menculik Anaknya

3

Pelajar IPTA Ditemui Mati Di Kolej Kediaman

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

'Takut Disiasat SPRM', Tajuddin Adakan Sidang Media Dipenuhi Putar Belit

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Siasatan Sudah Siap, MyCC Sedang Teliti Wujud Atau Tidak 'Kartel Ayam'

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Kemalangan Dengan Treler

Semasa 15 jam yang lalu

Inkues Kematian Baby Syifa Bermula 22 September