Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusat Pengumpulan Hasil Bakal Ditambah Bendung Kartel Terus Kuasai Agromakanan - MAFI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 9:15PM

MAFI akan menambah lebih banyak pusat pengumpulan hasil dalam usaha menghalang kartel daripada terus mengawal bekalan serta harga barang makanan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menambah lebih banyak pusat pengumpulan hasil bagi mengekang kartel dari terus menguasai sektor agromakanan negara yang mampu memberi kesan kepada pelbagai pihak, khususnya rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, tindakan itu adalah antara usaha penyelesaian bagi menghalang kartel daripada terus mengawal bekalan serta harga barang makanan, terutamanya ayam serta ikan yang dilihat memberi bebanan kepada orang ramai ketika ini.

“Setakat ini pusat pengumpulan sedia ada yang kita miliki adalah sebanyak 162 pusat di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), manakala Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membabitkan 130 pusat dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dengan kira-kira 300 pusat.

“Kita akan menambah lagi jumlah pusat pengumpulan hasil ini agar orang tengah mahupun kartel dapat kita kurangkan kuasanya daripada terus mengawal bekalan dan harga barang makanan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pra Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, baru-baru ini.

Ronald Kiandee - Gambar Bernama
Ronald Kiandee - Gambar Bernama

Menurut beliau, pihaknya juga turut menggalakan penternak, peladang dan nelayan menggunakan perniagaan atas talian agar mereka dapat terus berurusan dengan pembeli, bukan menerusi orang tengah untuk menentukan harga.

“Ini antara langkah dibuat kerajaan untuk mengurangkan pengaruh orang tengah. Sebagai contoh, dalam sektor padi dan beras, kita menggunakan pendekatan baharu dikenali Smart Sawah Berskala Besar melibatkan pihak swasta untuk usahakan tanah ladang secara langsung di mana kaedah ini akan kurangkan pengaruh mereka.

“Jadi, usaha kurangkan kuasa kartel ini dalam sektor agromakanan adalah inisiatif berterusan daripada kerajaan melalui kementerian dan agensi bertanggungjawab di bawahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, MAFI sedang melaksanakan kajian terperinci bagi menghapuskan kewujudan kartel secara sepenuhnya, agar isu terbabit tidak berlanjutan dan dilihat seperti tiada penyelesaian kukuh bagi mengekang perkara tersebut.

Pada masa sama, pihaknya juga mewujudkan pelbagai bantuan dan dana modal kepada pengusaha tanaman serta ternakan bagi memastikan mereka tidak bergantung kepada sumber kewangan individu daripada kartel.

“Kita tidak mahu mereka, iaitu pengusaha kecil dan besar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada individu serta kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai orang tengah mahupun kartel.

“Oleh kerana itu, pelbagai program diolah kementerian, termasuk dana daripada institusi kewangan, seperti Agro Bank dan teknologi dilaksanakan agensi kerajaan, antaranya LPP, Jabatan Pertanian serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar, semata-mata untuk memastikan bahawa pengusaha kecil amnya tak bergantung pada sumber individu,” katanya.

Jelasnya, pihaknya turut mengakui kerajaan perlu mempunyai pelan tindakan jangka masa panjang bagi menghalang sepenuhnya kartel daripada menguasai sektor agro makanan negara.

“Jadi, saya katakan pengaruh orang tengah dalam sektor agromakanan sejak dahulu dan (untuk banteras) ia akan melalui proses besar untuk menghalang mereka, namun kita juga dah ambil langkah sebaiknya untuk kita kurangkan usaha serta pengaruh mereka,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Malaysia bukan sahaja ‘terbeban’ dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.

Malah, kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’, di samping memberi implikasi besar terhadap nelayan tempatan.

Lebih menakutkan, hasil laut negara didakwa mungkin pupus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, sekiranya kegiatan terbabit gagal dikawal.

Bagaimanapun, isu berkenaan dilihat tidak akan menemui noktah kerana menerusi maklumat diperoleh Getaran, wujud agensi kerajaan yang sanggup menjadi orang tengah bagi membolehkan permohonan nelayan asing, khususnya warganegara Vietnam untuk mendapat lesen menangkap ikan di Malaysia dipermudahkan. - Getaran, 10 Jun 2022.

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara