web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Bayaran Balik Akibat COVID-19 Hampir Selesai - AirAsia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 12:02PM

AAAGL telah menyelesaikan hampir 99 peratus daripada pertanyaan tetamu berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesaikan baki 0.8 peratus dalam masa terdekat. - Gambar oleh Abdul Razak Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), cabang penerbangan Capital A menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik, secepat mungkin.

Syarikat penerbangan di bawah AAAGL dalam kenyataan hari ini berkata, mereka telah menyelesaikan hampir 99 peratus daripada pertanyaan tetamu berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesaikan baki 0.8 peratus dalam masa terdekat.

Syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) dan Thai AirAsia X (TAAX) turut mempunyai rancangan kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua tetamu yang terkesan sejak dua tahun lepas berikutan COVID-19, dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas.

“Kini, sekatan perjalanan telah mula dilonggarkan secara berperingkat di beberapa pasaran utama kami dan kami melihat ramai tetamu telah memanfaatkan akaun kredit mereka untuk kembali terbang bersama kami.

“AAX berdepan dengan situasi yang lebih sukar berikutan penutupan sempadan antarabangsa, menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi sepenuhnya serta terpaksa bergantung dengan aliran tunai yang terhad sepanjang tempoh itu.

“Bagaimanapun, kini mereka telah kembali beroperasi dan telah mula membuat bayaran balik kepada para tetamu yang terkesan menerusi baucar perjalanan bersamaan nilai tempahan yang dibuat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, TAAX juga turut terkesan dengan pandemik dan sedang bekerja keras untuk menyelesaikan semua hutang yang tertunggak kepada tetamu melalui bayaran balik dan pemberian kredit.

Sehingga kini, majoriti daripada semua tetamu yang terjejas telah menerima baucar perjalanan mereka, melibatkan lebih 155,000 tetamu.

 AAAGL menyasarkan untuk menyelesaikan baki baucar perjalanan sebanyak 30 peratus lagi dalam beberapa minggu akan datang, menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar