web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bon Odori: Beri Nama Baharu Elak Kekeliruan - Mufti Perlis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 11:57AM

Mohd Asri Zainul Abidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan agar penganjur Bon Odori memberi nama baharu atau nama tambahan di samping nama sedia ada festival berasal dari Jepun itu.

Jelasnya, tindakan itu bagi mengelak kekeliruan umat Islam terhadap ‘objektif’ perayaan berkenaan yang asalnya mempunyai unsur syirik dan khurafat.

“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival tersebut dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar penganjur memastikan intipati sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan, tidak dimasukkan unsur khurafat atau syirik tertentu.

Katanya, penganjur juga perlu memastikan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu sepanjang festival tersebut berlangsung.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam, termasuk Bon Odori.

Menurut beliau, kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati festival itu mempunyai unsur keagamaan.

Bagaimanapun, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Idris untuk hadir ke program tersebut supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

Baginda juga tidak mahu Menteri berkenaan menggunakan platform JAKIM untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat.

Titahnya, perbuatan itu boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut.

Sultan Selangor turut bertitah baginda sendiri pernah menghadiri perayaan itu pada tahun 2016 diiringi Duta Besar Jepun ke Malaysia.

Menerusi pemerhatian baginda, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka peserta.

Festival Bon Odori akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini. - Gambar fail AFP
Festival Bon Odori akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini. - Gambar fail AFP

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berpendapat, umat Islam tidak sewajarnya dihalang menyertai Bon Odori selagi festival itu tiada kaitan dengan agama dan tidak boleh menjejaskan kepercayaan terhadap Islam.

Malah, katanya, acara itu menjurus kepada aktiviti kebudayaan dan komersial, berbanding keagamaan.

“Kita harus sedar bahawa Malaysia adalah negara Islam yang mementingkan hukum agamanya, namun pada masa sama, ia memiliki masyarakat berbilang kaum.

“Jadi sebarang perayaan atau acara agama lain selagi tidak menyebabkan syirik dan tiada ikutan unsur keagamaan lain, tidak ada masalah bagi umat Islam menyertainya, ia terpulang kepada individu, diri masing-masing,” katanya kepada Getaran.

Festival Bon Odori akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

Acara warna-warni itu turut menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan sebagai menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun. - Getaran, 10 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Sambutlah Trump Dengan Sederhana, Kenapa Perlu Berlebihan?’ - Dr MAZA

2

Politik 3 tahun yang lalu

DAP Disaran Minta Maaf Kepada Umat Islam, Orang Melayu, ‘Jika Enggan…’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bon Odori Tetap Meriah, Kontroversi Tak Halang Pengunjung Berhibur

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bon Odori: Istana Sanggah Kenyataan PAS Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad