web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAHA Kembali Ogos Depan Dengan Sasaran 1.1 Juta Pengunjung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 6:27PM

Ronald berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Maha 2022 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2022) yang berlangsung pada 4 hingga 14 Ogos depan akan diadakan secara fizikal selepas empat tahun ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya menyasarkan MAHA 2022 mampu menarik seramai 100,000 pengunjung sehari dan menghasilkan lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan, termasuk padanan perniagaan.

Menurut beliau, pameran bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan itu, bertepatan dengan fokus kerajaan bagi terus memperkukuhkan agenda sekuriti makanan negara.  

“Saya percaya, kita semua sedar bahawa sektor agro-makanan berdepan pelbagai risiko dan cabaran di peringkat domestik mahupun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.

“Ini termasuk cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak, tahap adaptasi teknologi serta mekanisasi rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pra Pelancaran MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Ronald menambah, perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Rusia yang masih berlarutan serta dasar perlindungan dilaksanakan beberapa negara, memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia, termasuk Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, cabaran ini perlu ditangani secara bersama supaya sistem makanan negara bersiap sedia menangani apa jua krisis semasa atau mungkin berlaku pada masa akan datang.

“Selaras dengan matlamat tersebut serta hasrat MAFI untuk menjadikan sektor agro-makanan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, pelbagai program dan pendekatan baharu dirangka sepanjang tahun ini,” katanya.

Sebagai rekod, penganjuran terakhir MAHA pada tahun 2018 berjaya menarik seramai 3.3 juta pengunjung dan mencatatkan hasil jualan sebanyak RM215 juta.  

MAHA dirancang dilaksanakan ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ditangguhkan sebagai pendekatan mitigasi kementerian dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini, selain menjamin kelangsungan keselamatan, kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Ronald berkata, MAHA adalah program bagi menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran serta pengeluaran efektif di samping pelbagai pendekatan dilaksanakan.  

Lantaran itu, beliau menegaskan, MAHA 2022 mampu menjadi aktiviti pemadanan perniagaan serta mampu mempamerkan teknologi dan inovasi terbaharu dalam bidang agromakanan.  

“MAHA juga mampu menjelaskan hala tuju dan menyediakan platform untuk perkembangan perniagaan dalam dan luar negara, di samping menggalakkan penglibatan generasi muda menceburi bidang perniagaan pertanian.  

“Kita juga ingin memartabatkan MAHA sebagai pameran perdagangan pertanian terunggul dengan menarik penyertaan syarikat korporat dan pemain industri, malah bagi meraikan barisan hadapan sektor ini merangkumi peladang, penternak serta nelayan dan pengusaha agromakanan di sepanjang rantaian nilai,” katanya.  

Lebih kurang 1,500 ruang pameran dan jualan akan ditawarkan di MAHA kali ini mengikut segmen disediakan, termasuk pameran kementerian, agensi kerajaan, syarikat swasta serta badan korporat tempatan, selain menganjurkan seminar agro-makanan dan pengoperasian laman serta rumah negeri.  

Pada masa sama, MAHA 2022 menyajikan makanan popular Malaysia di Empayar Makanan dan Farmers Market, di mana 70 lot jualan akan disediakan untuk menjual hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan. - Getaran, 9 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 tahun yang lalu

Lebih 20,000 Pokok Digunakan Di Laman Florikultur MAHA 2022

2

Selera 4 tahun yang lalu

Suri Rumah Hasilkan Dua Tan Ikan Pekasam Demi Pelanggan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad