web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Siasat Dakwaan Kerosakan Gua Matsoorat Selepas Penggambaran Drama

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 8:32AM

Antara contengan yang terdapat pada dinding di Gua Matsoorat. - Gambar dari Facebook Masoorat Heritage Park

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Negeri Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini didakwa telah dirosakkan ketika sebuah syarikat produksi drama menjalankan penggambaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihaknya menerima aduan berhubung kerosakan di tapak bersejarah itu daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh telah memberikan kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar Bandaraya Ipoh mulai 20 Feb lalu hingga 30 April ini.

"Hasil semakan, pihak syarikat produksi itu dimaklumkan bahawa mereka hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun katanya terdapat kesan pencerobohan kerosakan pada fosil di dalam gua, namun pihak syarikat menafikan ia dilakukan oleh pihaknya sebagaimana yang didakwa oleh pihak operator.

Susulan itu, Nolee Ashilin berkata satu sesi perbincangan bersama pihak syarikat dan operator gua berkenaan telah diatur bagi mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakan berkenaan selepas penggambaran sebuah drama popular selain mendakwa kru produksi membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa gambar menunjukkan kerosakan dan ukiran nama tajuk drama itu pada dinding gua.

Pengarah Michael Ang menerusi laman Instagramnya menyatakan kekesalan akan insiden itu dan memberitahu sedang mengesan individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad