web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Lucut Hak: Rosmah Tidak Mahu Tuntut Rantai Tangan Berlian Bernilai USD$220,500

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 3:22PM

Rosmah hadir di mahkamah hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menarik balik tuntutannya terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai US$220,500 yang kini disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Azamuddin Abd Aziz semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

“Anak guam kami tidak mahu lagi meneruskan tuntutan terhadap item (rantai tangan emas putih) tersebut,” kata peguam itu.

Peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL turut mengesahkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak mahu menuntut rantai tangan tersebut.

Katanya dengan penarikan balik tuntutan oleh Rosmah, ia telah menjimatkan masa dan kos semua pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini.

Selain Rosmah, Global Royalty turut membuat tuntutan terhadap rantai tangan berkenaan.

Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, peguam Syazwani Mohd Zawawi yang mewakili Najib berkata pihaknya telah menghantar satu representasi kepada pihak pendakwaan pada 26 Mei lepas berhubung tuntutan Najib, selaku pihak ketiga terhadap tujuh utas jam tangan yang dituntut sebelum ini, namun masih belum menerima maklum balas berkenaan representasi tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi itu dan ia masih dikaji selain akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya terdapat perkembangan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Faten Hadni memohon untuk meminda senarai harta dalam notis usul pelucuthakan harta iaitu 2,436 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit beg tangan yang mana kesemua barangan itu disita di kondominium milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.

“Pihak kami menghujahkan bahawa permohonan meminda notis usul ini tidak memperjudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Muhammad Jamil membenarkan permohonan pindaan notis usul itu dan menetapkan 26 dan 27 September ini bagi pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta-harta tersebut.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan pelbagai barangan dirampas termasuk 11,991 barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,39. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad