Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tasik Black Water: LRA Cheras Batu 11 Dihenti Tugas Jika Melimpah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:53AM

Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras, dipenuhi sampah sarap dan efluen kehitaman atau leachate akibat aktiviti pembuangan sampah. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, berisiko dihenti tugas selepas siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, berlaku peningkatan kandungan Ammoniakal Nitrogen akibat isu Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras di sini.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, walaupun siasatan turut mendapati bacaan bau adalah sifar ton dan tiada gangguan kepada pengoperasiannya, ia boleh dihenti tugas jika kandungan Ammoniakal Nitrogen melebihi piawaian ditetapkan apabila air tasik melimpah, sekiranya kerap hujan.

Tasik Black Water sebelum ini menjadi tempat pengumpulan sampah haram. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Tasik Black Water sebelum ini menjadi tempat pengumpulan sampah haram. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Katanya, pada 31 Mei lalu, LUAS menyertai Operasi Bersepadu diketuai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhubung aktiviti pembuangan sampah haram di tasik itu.

“Operasi bersepadu tersebut turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat.

“Siasatan mendapati keadaan tasik tersebut dipenuhi sampah sarap dan efluen kehitaman atau leachate, selain lokasi insiden berdekatan Sungai Perimbun dengan anggaran tiga kilometer (km), manakala jarak tasik ke LRA Cheras Batu 11 sekitar 6.5 km,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Berhubung isu Tasik Black Water, beliau berkata, LUAS menerima maklumat berkaitan aliran efluen (sisa buang cecair) kehitaman atau ‘leachate’ yang berpotensi memasuki Sungai Perimbun, iaitu anak Sungai Langat.

Tegasnya, keadaan itu susulan hakisan tanah mengakibatkan kegagalan struktur ban di kawasan kolam tersebut dan seterusnya efluen melimpah dari kawasan berkenaan (Tasik Black Water) yang sebelum ini menjadi tempat pengumpulan sampah haram.

Beliau berkata, siasatan LUAS mendapati, hujan lebat mengakibatkan ban pecah di kolam itu.

Menurut Loy Sian, LUAS mengambil beberapa sampel di lokasi berbeza, iaitu di kawasan tasik, Sungai Perimbun dan Sungai Langat serta mencatatkan bacaan sifar ton dan anggaran kandungan Ammoniakal Nitrogen adalah 0.4mg/l di Sungai Langat.

Jelasnya, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) turut mengambil sampel di tiga kawasan pensampelan tersebut.

“Pemantauan rapi dengan statik di Sungai Perimbun dan Sungai Langat dilaksanakan LUAS. Siasatan LUAS mendapati bacaan bau adalah sifar ton, maka tiada gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dilaporkan.

“Kerja membaik pulih sudah dilaksanakan dengan mengukuhkan ban yang pecah bagi mengelakkan efluen mengalir ke alur berhampiran,” katanya.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, LUAS akan membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000, maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun.

Susulan operasi bersepadu berkenaan, katanya, MPKj menyita kawasan tersebut dan Notis Pemberhentian Aktiviti Kerja diberikan kepada pemilik tanah, selepas maklumat status tanah diterima dari PTD Hulu Langat.

Ujarnya, pihak PTD Hulu Langat akan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah bagi arahan pemulihan segera tanah.

“LUAS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin terhadap sumber air Selangor. Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan Enakmen LUAS 1999.

“Kerajaan negeri dan LUAS menyeru kepada semua agar prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada LUAS untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, Tasik Black Water menjadi lokasi pembuangan sampah secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, MPKj Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung isu terbabit sejak lebih sebulan lalu.

Lokasi tersebut, katanya, sememangnya dijadikan tempat pembuangan sampah, terutama di kawasan bersebelahan tasik terbabit berdasarkan tinjauan dilakukan MPKj.

Malah, tinjauan Getaran di lokasi itu mendapati, sebahagian besar tasik berkenaan ditimbuni pelbagai jenis sampah, termasuk botol, guni, polistrin makanan dan plastik.

Bagaimanapun, laluan utama ke tasik terbabit dikawal oleh pengawal keselamatan dan orang awam tidak dibenarkan masuk ke lokasi berkenaan.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat dakwaan penduduk Bandar Mahkota Cheras yang menghidu bau busuk, susulan pembuangan sampah secara haram di tasik terbabit.

Maklumat dan gambar berhubung situasi itu diterimanya menerusi laman sosial Facebook penduduk sekitar lokasi tasik berkenaan. – Getaran, 8 Jun 2022

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 7 jam yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Semasa 7 jam yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi