web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


92 Pelajar Di Melaka Positif Dadah Sejak 2017 Hingga 2020

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 4:21PM

92 pelajar di Melaka didapati positif dadah menerusi saringan rawak di 315 sekolah menengah sejak 2017 hingga 2020 dan dikesan terlibat dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah seperti opiat, ganja dan methamphetamine. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seramai 92 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun di Melaka didapati positif dadah menerusi saringan secara rawak di 315 sekolah menengah sejak 2017 hingga 2020.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pelajar terbabit dikesan terlibat dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah seperti opiat, ganja dan methamphetamine.

"Perkara ini amat merisaukan kerana mereka datang ke sekolah dalam keadaan yang positif (dadah) selain penggunaan dadah sintetik yang diambil oleh mereka boleh memberikan kesan buruk sehingga menjadikan mereka tidak waras dan hilang pertimbangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) di Muzim Penjara Malaysia Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah Penjara Melaka Roslan Mohamed.

Dr Muhamad Akmal berkata justeru, kerajaan negeri akan menggembleng usaha bersama AADK, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja yang masih bersekolah secara besar-besaran tahun ini. 

"Kita melihat perkara ini perlu ditangani secara serius dan pada fasa peralihan ke endemik tahun ini, AADK bersama pihak-pihak berkaitan akan melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan selain meneruskan saringan di sekolah-sekolah.

“Saringan ini bagi mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah supaya tindakan intervensi awal dapat dilakukan dan mereka akan diberi bimbingan kaunseling serta dirujuk bagi mendapatkan rawatan pemulihan secara sukarela dengan persetujuan ibu bapa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad