web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Pengambilan Pekerja Asing Selesai Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 2:53PM

M.Saravanan (tengah) bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan komputer riba pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat TalentCorp di Dewan Merdeka hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Isu pengambilan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja dijangka selesai dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Beliau berkata proses terakhir yang sedang giat diperhalusi adalah seperti urusan teknikal, prosedur pengambilan dan pemeteraian momerandum antara agensi atau pihak terlibat membabitkan kesemua negara.

“Tiada lagi masalah dengan semua negara dan semua sudah selesai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 100 komputer riba kepada pelajar B40 di sini hari ini.

Saravanan berkata setakat ini, lebih 200,000 permohonan pekerja asing bagi pelbagai sektor telah diterima daripada ketiga-tiga negara yang telah dipohon secara dalam talian.

Menurutnya bagi kemasukan atau pengambilan pekerja dari Indonesia, ia membabitkan prosedur antara Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia dan satu agensi berkaitan di sana.

“Proses membabitkan pekerja dari Bangladesh juga sudah selesai. Cuma satu sahaja yang saya belum selesaikan... memuktamadkan perjanjian Malaysia dengan Kemboja untuk membawa masuk pembantu rumah Islam. Saya akan ke sana pada bulan Julai dan kemungkinan besar kita akan selesaikan,” katanya.

Dilapor, kekurangan pekerja menyebabkan banyak industri termasuk premis perniagaan seperti kedai makan belum dapat beroperasi 24 jam walaupun boleh berbuat demikian selepas negara memasuki fasa peralihan endemik.

Dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia memutuskan beberapa perubahan dilakukan dari segi pelaksanaan pengambilan pekerja asing dalam kalangan majikan termasuk kuarantin, prosedur operasi standard, kuarters, latihan, hak buruh dan lain-lain lagi.

Terdahulu, penyampaian komputer riba itu untuk meningkatkan kebolehpasaran siawazah selain merapatkan jurang digital khususnya bagi mereka berpendapatan rendah.

Program tanggungjawab sosial korporat TalentCorp itu antara lain bertujuan memastikan para pelajar bersedia menghadapi persekitaran kerja pascapandemik COVID-19 melalui sumbangan alatan pembelajaran digital. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek