web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APMM Harap Terima Kapal OPV Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 10:40AM

Demonstrasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim dan 'World Ocean Week' di Pantai Batu Buruk di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berharap dapat menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) tahun ini bagi meningkatkan rondaan di kawasan perairan negara yang kian mencabar.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketika ini agensinya memiliki 70 kapal dan 190 bot di seluruh negara, namun sebahagian besarnya sudah usang dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Saiful Lizan Ibrahim - Gambar Bernama
Saiful Lizan Ibrahim - Gambar Bernama

“Kita sepatutnya sudah terima tiga kapal OPV lama dulu tetapi disebabkan beberapa masalah tertentu, kita masih belum menerimanya.

“Dengan perkembangan terkini, Insya-Allah perkara itu sedang diatasi dan kita harapkan seperti yang dijanjikan pihak kementerian (Kementerian Dalam Negeri) kepada APMM untuk terima tahun ini sekurang-kurangnya satu kapal dahulu," katanya selepas melancarkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim dan 'World Ocean Week' di Pantai Batu Burok.

Hadir sama Pengarah APMM Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli.

Saiful Lizan berkata selain kapal OPV pihaknya juga menjangkakan menerima enam bot pemintas laju (FIC) menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan pemantauan dan mengawal perairan terutama daripada pencerobohan nelayan asing. 

Dalam pada itu, katanya sepanjang 16 tahun APMM, agensi tersebut telah berjaya mengendalikan 2,500 kes melibatkan pelbagai insiden.

“Sebanyak 805 kes yang dikoordinasikan melibatkan insiden kapal dan bot; koordinasi melibatkan manusia (944 kes), bantuan aset (525 kes); khidmat nasihat perubatan (19 kes) dan khidmat bantuan sokongan dan platform logistik kepada agensi lain (207 kes)," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 minit yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 minit yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran