web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haji: TH Sedia Perkhidmatan Kesihatan, Doktor Pakar Di Madinah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 4:58PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADINAH - Demi memberi perkhidmatan terbaik dalam aspek kesihatan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyediakan pusat rawatan dan doktor pakar untuk jemaah haji Malaysia agar lebih mudah serta teratur.

Pengarah Operasi Makkah (Perubatan) Dr Abdul Marsudi Manah berkata selain itu, petugas kesihatan awam akan melakukan rondaan dari bilik ke bilik untuk memberi penjelasan mengenai kepentingan penjagaan asas kesihatan.

“TH telah membuat persediaan dengan menubuhkan Pusat Rawatan Kesihatan di Madinah iaitu di bangunan Roha Al Madinah, yang mempunyai 37 buah katil dengan kekuatan 44 anggota iaitu lima terdiri daripada tiga pakar perubatan dalam bidang dalaman, bius dan awam.

“Pusat rawatan ini juga disokong oleh tujuh pegawai perubatan serta 32 petugas lagi termasuk jururawat,” katanya kepada pemberita di Bangunan Roha Al Madinah.

Beliau berkata pihaknya turut menyediakan klinik bergerak di bangunan penginapan jemaah iaitu Hotel Anwar Al Madinah Moveinpick dan Hotel Saja Al Madinah serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz.

Dr Abdul Marsudi, yang merupakan pakar perubatan kesihatan awam di Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, berkata aktiviti rondaan dari bilik ke bilik bukan sahaja membabitkan kesihatan asas tetapi juga memberi ruang kepada petugas menasihati jemaah mengenai kaedah berdepan cuaca panas.

“Dari segi masalah kesihatan sepanjang musim haji ini, dengan keadaan suhu melebihi 46 darjah Celsius berkemungkinan berlaku dehidrasi.

“Sebab itu jemaah perlu minum air secukupnya dan mengelak berada di luar pada waktu siang.  Hanya jika berada dalam keadaan tertentu dan perlu berada di luar pada waktu siang… kita galakkan mereka berada di tempat yang teduh atau menggunakan payung,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya segera mendapatkan rawatan awal dan bukan menunggu di saat akhir iaitu setelah keadaan tubuh badan semakin lemah.

Katanya jemaah haji juga disaran agar peka dengan keadaan sekeliling yang sesak, berdebu serta kering yang mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti batuk dan ia tidak boleh dianggap perkara biasa kerana lama-kelamaan mampu membawa kepada jangkitan paru-paru. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad