web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Sekuriti Makanan Perlu Ditangani Segera - Agong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 11:45AM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Barisan Kawalan Kehormatan Utama ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka turut menitahkan agar satu pelan jangka panjang dirangka untuk mengukuhkan sekuriti makanan dan menjamin kos sara hidup untuk berada pada tahap yang bersesuaian.

“Beta berharap agar kerajaan beta dan pemimpin di setiap lapisan untuk menangani masalah kelangsungan hidup yang membelenggu segelintir rakyat beta, termasuklah kos sara hidup yang tinggi di samping peningkatan harga komoditi industri dan makanan.

“Nasihat beta, usahlah wujud bibit pertikaian apabila setiap kali negara berhadapan dengan masalah sekuriti makanan dan peningkatan kos sara hidup. Kita semua seharusnya fokus kepada membantu memulih kemaslahatan rakyat.

“Sikap ‘bila sudah merah, kapur salahkan kunyit dan kunyit salahkan kapur’ tidak akan dapat membantu dan membela nasib rakyat beta yang terhimpit dengan pelbagai dugaan,” titah Seri Paduka  sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan rakyat supaya memainkan peranan dengan menanam sikap berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah serta tidak melakukan pembaziran.

Seri Paduka turut menyanjung tinggi inisiatif pengukuhan perlindungan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong menaruh harapan tinggi agar program itu dapat mencapai sasarannya untuk menghapuskan miskin tegar menjelang 2025.

“Pemimpin adalah tidak ubah bagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak.

“Pemimpin adalah sandaran kepada harapan rakyat. Kebahagiaan dan kesusahan rakyat adalah merupakan cerminan diri yang wajib digalas oleh setiap pemimpin,” titah baginda.

Dalam titah itu, Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada seluruh anggota pentadbiran, penjawat awam, anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan yang telah mencurahkan bakti kepada negara yang tercinta ini.

Al-Sultan Abdullah berpesan agar rakyat terus mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang tinggi bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Darjah Bintang Kebesaran dan Pingat Persekutuan pada tahun ini dan berharap pengurniaan itu menyuntik semangat baru untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga negara kita Malaysia dan rakyat yang beta kasihi akan sentiasa berada di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah serta aman makmur dan bersatu padu di bawah lindunganNya,” titahnya.

Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu, seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad