web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengambilan Pekerja Asing Hanya Dibenarkan Dari 15 Negara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 6:17PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar dari Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dasar dan prosedur pengambilan pekerja asing di negara ini adalah jelas, dengan menetapkan 15 negara sebagai sumber.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pekerja asing tidak mahir dari semua negara sumber itu hanya dibenarkan bekerja dalam sektor yang dikategorikan sebagai 3D (dangerous, dirty dan difficult), seperti di tapak projek pembinaan, ladang kelapa sawit, pencuci bangunan atau sebagai buruh di gudang dan pasar raya besar.

Ini kerana katanya, majikan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor-sektor tersebut.

Ujar beliau, 15 negara sumber bagi pekerja asing itu ialah Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam, Kazakhstan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Turkmenistan, Uzbekistan, Bangladesh, Indonesia, dan India.

“Dasar kerajaan juga menetapkan bahawa pekerja asing tidak layak memohon taraf penduduk tetap dan perlu pulang ke negara asal sebaik pas mereka tamat tempoh.

“Mana-mana majikan yang tidak mematuhi dasar ditetapkan akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda dan dipenjarakan,” katanya.

Menurut Khairul Dzaimee, terdapat seramai 1.4 juta pekerja asing di negara ini yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif sehingga 31 Disember tahun lalu.

Katanya, setiap majikan perlu memperbaharui PLKS pekerja asing mereka setiap tahun dan membayar Levi mengikut sektor pekerjaan.

Beliau menjelaskan, tempoh PLKS ditetapkan selama 10 tahun dan majikan diberi pilihan untuk menyambung selama tiga tahun lagi dengan kadar levi yang lebih tinggi.

“Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan dokumen secara konsisten di seluruh negara.

“Sepanjang tahun ini sejak 1 Januari sehingga semalam, Jabatan Imigresen menjalankan sebanyak 1,197 operasi penguatkuasaan dan seramai 26,008 orang diperiksa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, seramai 4,745 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 56 majikan ditahan serta didakwa menerusi pelaksanaan operasi penguatkuasaan.

Beliau memberitahu, 5,417 PATI pula diusir ke negara asal mereka sepanjang tempoh ini.

Sepanjang tempoh tahun lalu sahaja kata Khairul Dzaimee, sebanyak 6,877 operasi penguatkuasaan dilaksanakan dengan pemeriksaan ke atas 100,847 orang dan berjaya menahan 27,671 PATI serta 386 majikan, manakala 37,038 lagi  diusir ke negara asal.

“Sebagai langkah untuk mengetatkan kawalan perairan negara, kerajaan mulai Mei tahun lalu melaksanakan Operasi Benteng yang menggabungkan kekuatan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain.

“Op Benteng dilaksanakan dibawah National Task Force (NTF) bertanggungjawab menjalankan operasi mengawal sempadan perairan negara dari dibolosi oleh warga asing yang cuba memasuki negara ini secara haram,” katanya.

Pada masa sama beliau menegaskan, Jabatan Imigresen memandang serius mana-mana laporan yang diterbitkan berdasarkan kepada pendapat tidak sahih dan bukan berlandaskan kepada fakta sebenar.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose menyifatkan dasar kerajaan yang tidak jelas dan diburukkan lagi dengan kedudukan geografinya yang mudah dibolosi, menjadikan Malaysia tarikan buat warga asing, sama ada dimasuki secara `haram’ atau sah.

Kebanjiran migran dari pelbagai benua itu secara tidak langsung menjadikan negara ini bagaikan `pusat himpunan’ pelbagai kerakyatan. - Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad