web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trafik Lebuh Raya Utama Perlahan Sempena Cuti Sekolah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 8:40PM

Keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah barat dari Bentong menghala ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah menuju Gombak. - Gambar dari Twitter LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara perlahan susulan pertambahan kenderaan setakat jam 7.45 malam tadi, sempena cuti persekolahan sembilan hari.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan, keadaan itu berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah barat dari Bentong menghala ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah menuju Gombak.

Trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (E1) dari Tangkak ke Jasin dan Hentian Pedas Linggi ke persimpangan Port Dickson.

Manakala, arah selatan PLUS menyaksikan trafik perlahan dari Yong Peng (U) ke Yong Peng (S) dan Simpang Renggam ke Sedenak.

Di arah utara PLUS (E2) pula, trafik perlahan dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Semanggol ke Alor Pongsu, selain Bandar Baharu ke Sungai Bakap.

Laluan di arah selatan menyaksikan kenderaan bergerak perlahan di Permatang Pauh ke Perai, Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Changkat Jering ke Menora dan RnR Tapah (S) ke R&R Tapah (U).

Cuti persekolahan penggal 1 Sesi 2022/2023 bermula 3 Jun hingga 11 Jun bagi sekolah di negeri Kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan B, ia bermula 4 Jun hingga 12 Jun, iaitu di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – Getaran, 5 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad