web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Umrah Meninggal Dunia Di KLIA Akibat Komplikasi Darah Tinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 10:20PM

Jemaah umrah wanita yang meninggal dunia di KLIA semalam sebaik pulang dari Tanah Suci dipercayai akibat komplikasi darah tinggi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang jemaah umrah wanita yang baharu pulang dari Tanah Suci meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 1.10 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal terhadap wanita berusia 53 tahun itu mendapati tiada kesan mencurigakan dan berdasarkan maklumat, wanita berkenaan menghidap penyakit darah tinggi.

"Jenazah wanita itu dihantar ke Hospital Serdang dengan diiringi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) KLIA kira-kira 2.30 petang," katanya.

Tular menerusi media sosial wanita berkenaan didakwa pengsan dan rebah sejurus keluar dari pintu pesawat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan