web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Bina Terowong Atasi Banjir Disifatkan 'Omong Kosong'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 2:59PM

Anggota Bomba terpaksa menyedut air yang bertakung di tempat letak kereta bawah tanah di dalam sebuah bangunan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada Mac lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan kerajaan untuk membina sebuah terowong mega bagi menangani masalah banjir di ibu negara, sebagai ‘omong kosong’. 

Beliau berkata, pihak kerajaan sebelum ini banyak menjanjikan solusi bagi menyelesaikan masalah rakyat, namun sehingga ke hari ini kebanyakan perkara tersebut kekal sebagai cadangan yang sentiasa ‘dalam kajian’. 

“Sudahlah begitu, projek terowong mega ini juga memakan masa tiga hingga lima tahun untuk diselesaikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Lim Lip Eng
Lim Lip Eng

Lip Eng mengulas pengumuman kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membina terowong penyimpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu adalah satu kaedah penyelesaian jangka panjang yang akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.

''Budaya merangka cara dari bilik berdingin hawa perlu dihentikan, angkat kaki (bergerak) dan libatkan diri di dalam situasi.

Lip Eng menambah, sebelum ini, beberapa individu dan organisasi sudah mencadangkan penyelesaian bagi menangani masalah banjir, termasuk tidak mengusahakan pembangunan serta projek perumahan di kawasan kolam takungan banjir. 

Namun begitu jelasnya, cadangan tersebut diketepikan bagi memberi ruang kepada projek yang dilihat seolah-olah akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja. 

Dalam pada itu, Lip Eng berkata, projek terowong mega tersebut tidak mendapat rundingan daripada penduduk, pihak berkaitan dan wakil rakyat di Kuala Lumpur sebelum ia diumumkan Shahidan.

Berhubung permasalahan tersebut, Lip Eng menjelaskan, Menteri Wilayah Persekutuan perlu mengusahakan komunikasi melalui sesi ‘town hall’ bersama penduduk ibu kota serta badan terlibat. 

Komunikasi khusus seperti itu tambah beliau, penting supaya bukan sahaja dapat mengenalpasti masalah banjir, malah permasalahan khusus dari pelbagai pihak boleh diketengahkan. 

Selain itu, menurutnya, pihak kementerian diseru menyatakan bajet untuk projek tersebut serta sama ada ia akan diberikan melalui tender terbuka atau tidak. 

“Budaya merangka cara dari bilik berdingin hawa perlu dihentikan, angkat kaki (bergerak) dan libatkan diri di dalam situasi,” katanya. - Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad