web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Awas Emel Scam Papar Nama, Gambar Profil Pemimpin, Ketua Organisasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 11:06AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima emel yang menggunakan nama dan gambar profil pemimpin negara, ketua organisasi atau ketua syarikat mengandungi arahan di luar kebiasaan.

Menerusi kenyataan, SKMM memaklumkan, sebarang komunikasi luar daripada kebiasaan yang diterima perlu disemak dan ditentukan kesahihannya, selain tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.

Katanya, ia bertujuan mengelakkan sesiapa dari menjadi mangsa kepada aktiviti berniat jahat dan berunsur penipuan.

“Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Peringatan ini dikeluarkan hasil aduan diterima dari orang ramai di mana terdapat emel yang tidak ditentusahkan sudah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian,” katanya.

Menurut kenyataan sama, orang ramai diingatkan membuat semakan dengan pihak terbabit, iaitu individu yang profil atau identitinya digunakan di emel berkenaan.

Orang ramai juga, tegasnya, diminta tidak menyebarkan sebarang kandungan mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum.

Sekiranya penerima mendapati kandungan emel tidak benar atau palsu, mereka perlu melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

“Sekiranya ada menerima emel mencurigakan, sertakan email header bagi emel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis.

“Orang ramai juga boleh membantu memberhentikan penyebaran emel tersebut dengan melaporkan penyalahgunaan emel kepada penyedia perkhidmatan emel, seperti Gmail atau Yahoo! Mail di pautan berkaitan.

“Pautan ini adalah https://support.google.com/mail/answer/8253 (Gmail) dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html (Yahoo! Mail),” katanya. - Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam