web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPJ Hadkan Masa Kenderaan Berat Masuki Jalan Utama Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:40PM

Seorang anggota penguatkuasa JPJ memeriksa kenderaan yang melalui jalan di ibu kota. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengusaha syarikat atau pemandu kenderaan barangan dengan muatan berat melebihi 7,500 kilogram (kg) daripada memasuki jalan utama ke pusat bandar bermula 6.30 pagi hingga 9.30 malam dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, larangan itu susulan pemerhatian JPJ yang mendapati kemasukan kenderaan berat ke dalam bandar pada waktu puncak, iaitu pagi dan petang menyebabkan kesesakan lalu lintas, seterusnya menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.

“Secara umumnya, larangan ini diwartakan sekatan perjalanan sekitar sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar, bermula dari pintu masuk ke pusat bandar akan ditanda dengan meletakkan papan tanda khas dengan cop masa melarang kenderaan berat memasuki pusat bandar,” katanya menerusi kenyataan.

Antara jalan diwartakan dengan sekatan pada waktu pagi dan petang untuk kenderaan barangan, termasuk semua jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh ke pusat bandar, Jalan Genting Klang dari Kolej TAR hingga pusat bandar dan Jalan Cheras dari Taman Midah ke pusat bandar.

Jalan diwartakan dengan sekatan masa pada sebelah malam pula, termasuk Jalan Kepong, Jalan Ipoh dari Bulatan Kepong sehingga Jalan Batu Caves, Lebuhraya Karak, Jalan Gombak dari Jalan Kg Bandar Dalam sehingga sempadan Kuala Lumpur, Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu sehingga Jalan Tenteram.

Menurut kenyataan itu, larangan kenderaan barangan memasuki jalan utama di ibu negara sudah dikuatkuasakan sekian lama.

Bagaimanapun, katanya, sejak memasuki peralihan ke fasa endemik, pemandu kenderaan berat tidak mengendahkan peraturan itu dan mengakibatkan peningkatan ketara jumlah kenderaan di jalan raya.

“Mereka yang ingkar larangan ini, boleh dikompaun tidak lebih RM300 atau didakwa di mahkamah yang mana denda dikenakan tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” tambahnya. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan