Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Reformasi Parlimen Dipersetujui Jemaah Menteri - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 2:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu cadangan reformasi Parlimen yang merangkumi tiga perkara penting dipersetujui Jemaah Menteri pada 1 Jun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tiga perkara itu jelas Wan Junaidi, termasuk melibatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347] dan draf Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen.

“Pada Ogos 2021, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka sudah dipersetujui untuk kerajaan menggubal Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen bagi merealisasikan hasrat pengasingan kuasa di antara Badan Legislatif, Eksekutif serta Kehakiman.

“Penggubalan Akta ini juga mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Parlimen yang mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia.

“Beberapa perkara yang akan diteliti, termasuklah cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Parlimen serta sumber kewangan dan bajet tahunan diperolehi Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan (Consiladated Fund) dikawal selia oleh Suruhanjaya Parlimen sendiri selaras dengan prinsip pengasingan kuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail
Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Untuk makluman, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837] berkuat kuasa pada 20 November 1993, bagi memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347] dilihat penting supaya ia lebih relevan dan memberi impak sesuai dengan keadaan semasa.

Akta tersebut ujarnya, sudah digubal pada tahun 1952 sebagai House of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952 dan dipinda pada tahun 1953 sebelum dikuatkuasakan tahun tersebut.

“Pada tahun 1988 satu semakan dibuat untuk menukar Ordinan tersebut menjadi Akta 347 sekarang ini. Selain daripada itu tidak ada pindaan pernah dibuat semenjak 1953," katanya.

Beliau berkata, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347] adalah akta berhubungan dengan kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen, kebebasan bercakap dan berbahas dalam prosiding majlis itu serta perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas majlis tersebut.

Pindaan kepada Akta Majlis Parlimen juga tambahnya, akan mengandungi peruntukan larangan kepada Ahli Parlimen yang sudah dituduh di mahkamah digantung daripada menghadiri aktiviti majlis dan ini masih diperhalusi untuk menyesuaikan dengan perkembangan dan peraturan Dewan Rakyat sedia ada.

“Akta ini belum pernah dipinda sejak ia digubal bagi menyesuaikan dengan persekitaran dan keadaan semasa, oleh itu, akta ini perlu dikaji semula serta dipinda,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu, pihaknya mencadangkan agar satu Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen disediakan, yang berbeza daripada apa diperuntukan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Parlimen.

Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen tersebut, kata beliau, akan menggariskan tatatertib lebih terperinci kepada sikap Ahli Parlimen semasa di dalam dan di luar dewan, sebagaimana dilaksanakan di beberapa negara lain.

Wan Junaidi menjelaskan, Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen dicadangkan itu adalah satu draf kod etika digubal pada tahun 2011 semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal untuk menggubal kod etika Ahli Parlimen di bawah Jawatankuasa Pembaharuan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak pada ketika itu, selain pelaksanaannya tidak diambil kira sejak itu.

“Cadangan memperkenalkan Kod Etika ini adalah selaras dengan apa dilaksanakan di negara lain, termasuk India dan New Zealand. Lanjutan daripada keputusan Jemaah Menteri ini, Menteri sudah memohon Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengadakan persidangan jawatankuasa dipengerusikan mereka supaya memutuskan rangka kerja serta libat urus Menteri dengan semua pemegang taruh berhubung dengan undang-undang ini.

“Selain itu, ia bagi membincangkan cadangan takwim, garis masa dan tindakan lanjut akan dilaksanakan Parlimen Malaysia serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

“Kedua-dua perkara ini juga adalah perkara termaktub dalam agenda pembaharuan Parlimen yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai pada 13 September 2021,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Sukan 16 jam yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran