web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Ayam Di Johor Kembali Pulih Dalam Masa 2 Minggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 2:16PM

Bekalan ayam di Johor dijangka pulih dalam tempoh 2 minggu lagi dan kembali kepada paras normal selepas musim perayaan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kerajaan negeri menjangkakan bekalan ayam di Johor pulih dalam tempoh dua minggu lagi selepas kekurangan bekalan baru-baru ini berikutan permintaan tinggi semasa musim perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata masalah kekurangan bekalan ayam dijangka selesai susulan pendekatan kerajaan untuk melaksanakan sekatan eksport ayam segar ke luar negara berkuat kuasa 1 Jun lepas.

“Masalah bekalan ayam di negeri ini akan kembali kepada paras normal selepas musim perayaan ini dan ia selaras dengan usaha kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Ladang Telur Teo Seng Capital, di Yong Peng, dekat sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian

Menurut Lee, semenjak skim kawalan harga maksimum ayam dikuatkuasakan pada Februari lepas di negeri itu, sebanyak RM101,300 kompaun telah dikeluarkan membabitkan 42 kes.

Dalam perkembangan lain, Lee berkata orang ramai tidak perlu panik dengan bekalan telur di negeri ini kerana ia sentiasa mencukupi malah bekalan telur turut dikeluarkan melebihi permintaan.

“Saya dimaklumkan ladang telur di Yong Peng ini mampu mengeluarkan sehingga empat juta biji telur sehari dengan pelbagai gred, sedangkan permintaan pasaran telur dari ladang berkenaan hayalah sekitar tiga juta biji sahaja untuk sehari,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad