web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasca COVID-19: Malaysia-Singapura Kongsi Idea Wujud Suasana Selamat Untuk Rakyat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 1:59PM

Khairy mengadakan pertemuan dengan Hsien Loong di Istana Presiden, Singapura, hari ini. - Gambar dari Facebook Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura bertukar pandangan berhubung pendekatan terbaik boleh dilaksanakan kedua-dua negara bagi memastikan rakyat mampu menjalani kehidupan dengan selamat selepas COVID-19.

Itu antara initipati jadual Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada hari ketiga lawatan rasminya ke republik berkenaan yang menyaksikan beliau mengadakan kunjungan hormat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Istana Presiden hari ini.

Khairy berkata, beliau dan pemimpin itu turut membincangkan peranan teknologi dalam mengukuhkan lagi penyampaian sistem kesihatan negara.

“Kami juga bertukar pandangan mengenai kepentingan memahami pendekatan sains tingkah laku (behavioural science) yang baik dalam usaha membentuk masyarakat bertanggungjawab.

“Saya menyatakan hasrat untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala dengan Singapura dan semoga kedua-dua negara serta penduduknya mendapat manfaat sebaiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Turut sama pada kunjungan tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan delegasi Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Khairy, pada pertemuan itu, Hsien Loong dan beliau turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan cabaran gelombang Delta serta Omicron sewaktu krisis kesihatan terbabit.

Ketika pertemuan itu, katanya, mereka juga mengimbas bagaimana hubungan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara, menjadikan Malaysia serta Singapura sebagai kawasan epidemiologi yang akhirnya menyaksikan pembukaan sempadan selepas lebih dua tahun ditutup.

“Saya menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerajaan Malaysia dan KKM khususnya, kepada Lee (Hsien Loong) serta kerajaan Singapura, khususnya Kementerian Kesihatan Singapura di atas komitmen dan kerjasama sangat baik sepanjang COVID-19,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam