web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Ubat: Ya Permintaan Meningkat Mendadak Tapi Bekalan Tak Terganggu – KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 12:20PM

KKM mengesahkan setakat ini tiada produk mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh disebabkan kebanyakannya mempunyai alternatif daripada pelbagai jenama lain dengan indikasi sama. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui terdapat peningkatan permintaan mendadak bagi beberapa jenis ubat, seperti produk dengan bahan aktif paracetamol, vitamin C, ubat batuk dan selesema untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, tiada ubat mengalami gangguan secara total setakat ini.

Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak industri farmaseutikal, iaitu Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) dalam pertemuan semalam.

Menurutnya, setakat ini tiada produk mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh disebabkan kebanyakannya mempunyai alternatif daripada pelbagai jenama lain dengan indikasi sama.

“Pada masa sama, pihak pengilang juga sudah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan tinggi.

“KKM sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat dihasilkan di Malaysia atau diimport, selain isu berkaitan dengannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan isu kekurangan bekalan ubat dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal yang dilaporkan media.

Menurut laporan tersebut, kekurangan bekalan dikatakan membabitkan ubat untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Norhaliza berkata, pemantauan ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu dialami diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal.

Jelasnya, usaha itu adalah bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar