web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perlu Tegas, Jangan ‘Flip-Flop’ Isu Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 5:46PM

Anthony Loke Siew Fook - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu lebih tegas dan konsisten dalam pendiriannya sebagai seorang perdana menteri dan bertanggungjawab dalam sebarang kenyataan dibuat.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan dan mesej yang ‘flip-flop’ hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berlanjutan dan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.

Menurut beliau, Perdana Menteri dalam satu wawancara dengan media Jepun, Nikkei yang disiarkan pada hari Isnin lalu dengan jelas menyatakan, pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana masalah inflasi sedang melanda dan isu kos sara hidup rakyat perlu ditangani.

“Namun, dalam masa 48 jam sahaja, Ismail Sabri telah menukar nada semasa berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) semalam dengan mengatakan beliau tidak akan menunggu satu saat lebih untuk membubarkan Parlimen sekiranya BN sudah bersedia selepas diasak dan ditekan oleh kluster kleptokrat untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban, keputusan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen adalah budi bicara Perdana Menteri, justeru keputusan yang begitu penting itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pihak  tidak berkaitan yang hanya mementingkan survival politik mereka.

Beliau menegaskan, Perdana Menteri perlu memberi mesej politik yang lebih jelas kepada rakyat dan dunia luar.

Sekiranya Ismail Sabri benar-benar ingin menangani isu inflasi daripada memanggil pilihan raya dalam tempoh terdekat, jelas Anthony, beliau sebagai Perdana Menteri perlu mencari konsensus merentasi parti supaya seluruh fokus nasional menjurus kepada agenda membantu rakyat.

“DAP tidak pernah bimbang untuk menghadapi pilihan raya dan sekiranya Parlimen dibubarkan, DAP bersedia bersama rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) untuk masuk gelanggang dan berkempen sekuat mungkin,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad