web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Rahman Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 12:12PM

Gambar dari Facebook JHEV ATM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera ke-11, Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid, 83, meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke HTTM pada 25 Mei lepas dan kesihatannya mulai merosot semalam dan meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Khalid Al Walid di Kementerian Pertahanan di sini selepas zuhur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Raudah, Sungai Besi petang nanti,” menurut kenyataan itu.

Abdul Rahman menyertai ATM pada 1955, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada April 1992 dan bersara pada Februari 1994.

Abdul Rahman meninggalkan isteri iaitu Puan Sri Rosilah Ahmad dan empat orang anak.

Sementara itu dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi ATM, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera, Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh warga ATM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa-jasa Allahyarham. Marilah kita bersama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin,” menurut hantaran itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Malaysia Berhasrat Bawa Pasukan Pemantau ASEAN Ke Zon Konflik Thailand-Kemboja

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad