web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarian Separuh Bogel: Beberapa Tangkapan Lagi Akan Dilakukan - KP Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 8:23AM

Datuk Arjunaidi Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan berhubung insiden sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel dan membakar bunga api pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City di Shah Alam Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata semalam pihaknya menahan individu terbabit termasuk penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai ‘Cik Lala.’

“Beliau dilepaskan dengan jaminan polis semalam. Bagaimanapun, polis sedang mengumpul segala keterangan dan tangkapan berperingkat akan dilakukan kerana ada antara penari tersebut merupakan mereka yang datang dari luar kawasan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPD Serdang di sini malam tadi.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja semua siasatan dan rakaman percakapan saksi serta suspek selesai untuk tindakan selanjutnya.

Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.

Aktiviti diiringi muzik kuat itu dilakukan di kawasan awam berhampiran rumah penduduk dan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit pada harga RM4,000 bagi menganjurkan majlis tersebut dengan menjemput kira-kira 50 orang.

Arjunaidi juga berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942 736. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 50 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi