web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Tasik Black Water Jadi Tempat Buang Sampah Haram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 9:11PM

Keadaan Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras yang menjadi tapak pembuangan sampah haram. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras, di sini, disahkan menjadi lokasi pembuangan sampah secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung isu terbabit sejak lebih sebulan lalu.

Menurut beliau, lokasi tersebut sememangnya dijadikan tempat pembuangan sampah, khususnya di kawasan bersebelahan tasik terbabit berdasarkan tinjauan dilakukan MPKj.

Sampah sarap yang dibuang secara haram terapung di permukaan tasik. - Gambar oleh Azim Rahman
Sampah sarap yang dibuang secara haram terapung di permukaan tasik. - Gambar oleh Azim Rahman

“Tindakan awal kita ambil adalah dengan menutup laluan masuk ke lokasi tersebut dan memberikan amaran supaya tidak lagi berlaku aktiviti pembuangan sampah di lokasi.

“Kami sedang mengenal pasti pemilik tanah itu untuk tindakan selanjutnya disebabkan kawasan berkenaan melibatkan tanah milik persendirian,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarul Izlan berkata, pihaknya amat mengharapkan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang sedang berjalan sekarang dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan pemilik tanah itu.

Pemilik tanah itu sedang dikenal pasti untuk tindakan selanjutnya. - Gambar oleh Azim Rahman
Pemilik tanah itu sedang dikenal pasti untuk tindakan selanjutnya. - Gambar oleh Azim Rahman

“Sepanjang pemantauan berkala yang dilakukan oleh MPKj sejak lebih sebulan lalu, sebanyak enam lori bermuatan sampah domestik ditahan di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun apabila isu ini semakin ‘panas’, kekerapan pihak yang membuang sampah di lokasi terbabit semakin berkurangan susulan kehadiran pegawai daripada pelbagai agensi sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau turut mengakui kebenaran dakwaan penduduk setempat bahawa pembuangan sampah di lokasi terbabit mendatangkan pencemaran bau yang amat memualkan.

Penduduk tempatan mengadu pembuangan sampah di lokasi terbabit mendatangkan pencemaran bau yang amat memualkan. - Gambar oleh Azim Rahman
Penduduk tempatan mengadu pembuangan sampah di lokasi terbabit mendatangkan pencemaran bau yang amat memualkan. - Gambar oleh Azim Rahman

Sementara itu, tinjauan Getaran di lokasi terbabit mendapati, sebahagian besar tasik berkenaan ditimbuni pelbagai jenis sampah termasuk botol, guni, polistrin makanan dan plastik.

Bagaimanapun, laluan utama untuk ke tasik terbabit dikawal oleh pengawal keselamatan dan orang awam tidak dibenarkan masuk ke lokasi berkenaan.

MPKj telah menutup laluan utama untuk ke tasik terbabit dan ia dikawal oleh pengawal keselamatan. - Gambar oleh Azim Rahman
MPKj telah menutup laluan utama untuk ke tasik terbabit dan ia dikawal oleh pengawal keselamatan. - Gambar oleh Azim Rahman

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyiasat dakwaan penduduk Bandar Mahkota Cheras yang menghidu bau busuk susulan pembuangan sampah secara haram di tasik terbabit.

Menurutnya, beliau menerima maklumat berhubung pembuangan sampah tersebut menerusi laman sosial Facebook oleh penduduk sekitar lokasi tasik berkenaan.

“Seawal pagi saya telah maklumkan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras. Mereka hidu bau busuk dan beberapa keping gambar telah dilampirkan yang didakwa menjadi punca pencemaran.

“Saya telah kongsikan maklumat ini kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan susulan. Insya-Allah, saya akan kemaskini hasil siasatan dan maklum balas daripada pihak JAS nanti. Terima kasih atas kerjasama penduduk Bandar Mahkota Cheras,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Warga Singapura Ditemukan Maut Di ‘Homestay’ Di Cheras

2

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pemandu MPV Selamat, Terima Kasih Abang Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lelaki Melecur, 12 Motosikal Rosak Akibat Letupan Disyaki Kebocoran Gas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan