web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Luluskan Segera RUU Larangan Tembakau Dan Rokok, Basmi Tabiat Merokok Belia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 7:00PM

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bergambar bersama pemenang Peraduan Melukis Poster Peringkat Kebangsaan pada Majlis Perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di SJKC Choong Wen, Jalan Klang Lama, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diharapkan dapat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Tembakau dan Rokok yang dijangka dibentangkan di Parlimen Julai nanti, khusus untuk individu dilahirkan selepas 2005.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Bin Ghazali berkata, undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia.

“Mereka yang lahir selepas 2005 tidak akan dibenarkan sama sekali membeli produk tembakau. Ya, penguatkuasaan akan menjadi satu isu dan kami akan berusaha keras dalam hal ini.

“Marilah kita menutup ruang untuk golongan belia merokok termasuk rokok elektrik (vape) buat selama-lamanya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) (SJKC) Choong Wen, di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di SJKC Choong Wen, Jalan Klang Lama. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Dr Noor Azmi bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022 di SJKC Choong Wen, Jalan Klang Lama. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menurut beliau, draf rang undang-undang yang telah dikemas kini ini meliputi kawalan terhadap semua produk merokok konvensional iaitu rokok dan hasil tembakau lain, yang dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, Akta Makanan 1983.

“Kewujudan akta baharu ini akan membolehkan kawalan lebih komprehensif dilaksanakan ke atas sejumlah besar produk baharu, khususnya New Emerging Smoking Product seperti rokok elektronik yang menarik lebih ramai perokok muda dan mengancam kesihatan.

Dr Noor Azmi berkata, dianggarkan 27,000 individu meninggal dunia setiap tahun akibat pelbagai komplikasi dicetuskan penyakit kronik susulan tabiat merokok.

“Dengan adanya akta baharu yang mengawal dan pembelian rokok dan produk tembakau, kita harap dapat menurunkan peratusan perokok menjelang 2040.

“KKM juga berharap RUU berkenaan menerima sokongan semua pihak, khususnya Ahli Parlimen agar dapat diluluskan pada kadar segera,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, KKM bersama Kementerian Pendidikan pada 25 April lalu telah melancarkan Program GEGAR-18 bertujuan memperkenalkan pelan perancangan selama lima tahun.

Jelasnya, pelan ini menggariskan semua aktiviti promosi, pencegahan dan intervensi berhenti merokok kepada golongan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG), bermula dari bangku sekolah hingga memasuki institusi pengajian tinggi atau alam pekerjaan.

“Objektif utama Pelan GEGAR-18 adalah untuk melindungi golongan GEG agar tidak memulakan amalan merokok, memastikan golongan GEG kekal bermotivasi untuk bebas daripada perbuatan merokok, membantu golongan GEG yang telah merokok untuk mendapatkan rawatan berhenti merokok dan melindungi golongan GEG daripada ancaman serta tarikan produk rokok,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi