web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bella Demam, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 3:13PM

Siti Bainun Ahd Razali (kiri) hadir bagi perbicaraan atas dakwaan mengabai dan menganiaya Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengecaman remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella oleh saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood hari ini ditangguhkan berikutan remaja itu demam.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan perkara itu kepada pemberita ketika mahkamah berhenti berehat.

Menurut Nor Azizah, penjadualan semula akan dibuat untuk remaja itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Sepatutnya Bella dan beberapa penghuni Rumah Bonda hadir ke mahkamah hari ini, tetapi disebabkan Bella demam maka pengecaman ditangguhkan. Kita nak buat pengecaman sekali gus untuk memudahkan saksi, Bella dan penghuni-penghuni lain," katanya.

Pada ketika ini mahkamah sedang mendengar perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berkenaan.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan terhadap penghuni rumah kebajikan itu Yasmin Nahar, 19.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi