web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful bebas daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal, yang memakai kot berwarna hijau kelihatan tenang sepanjang prosiding kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon Syed Shah Iqmal dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada dua pertuduhan itu.

Norhashimah berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah.

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA, memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya, sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai 'Death Wishes',” katanya.

Norhashimah berkata pihak pendakwaan masih boleh meneruskan kes itu walaupun pengadu menarik balik laporan polis. 

“Pengadu atau mangsa tidak hadir di mahkamah untuk angkat sumpah bagi memberi keterangan berkenaan laporan polis yang ditarik balik. Dalam kes ini, pihak pendakwaan sendiri yang mohon DNAA setelah ambil kira keadaan kesihatan pengadu yang tidak mengizinkan pada tahap ini,” katanya.

Norhashimah berkata perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan dia tidak perlu rasa terbeban, malah telah dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut kerana pihak pembelaan percaya pengadu tidak berniat untuk meneruskan kes dan pihak pendakwaan juga hanya akan berpaksikan kepada keterangan lisan pengadu.

“Alasan pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah. Wajar untuk berasa simpati, namun mahkamah telah menetapkan 13 kali tarikh termasuk sebutan kes tetapi pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lepas.

"Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan," kata peguam itu.

Syed Amirul berkata siasatan yang dibuat adalah berdasarkan laporan polis oleh pengadu menyebabkan anak guamnya didakwa di mahkamah pada 10 Dis 2020.

“Ini bermakna sudah 538 hari kes ini berjalan sejak tertuduh didakwa, namun hari ini pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes. 

“Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon kata putus daripada mahkamah bagi mengelakkan kes tersebut terus tergantung dan Syed Shah Iqmal boleh dituduh pada bila-bila masa dan akan terus dihantui sebagai pesalah seks,” katanya.

Syed Shah Iqmal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau bersyukur kerana sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa apabila dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan jenayah seksual yang dihadapinya sejak dua tahun lepas. 

“Alhamdulillah saya tidak mampu untuk berkata-kata, hanya bersyukur kepada Allah SWT atas keputusan mahkamah hari ini. Selepas ini kalau ada mana-mana pihak yang ingin memberikan tawaran untuk berlakon, saya terima sahaja,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 2 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad