web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Naik Sedikit, 4 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 12:07PM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 meningkat kepada 4,505,059 kes setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 1,325 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 1,155 kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,505,059 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,323 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak empat lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian tertinggi direkodkan di Kedah dengan dua kes manakala masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,669 dengan 7,555 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,799 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.8 peratus atau 22,778 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 15 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 954 individu atau empat peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 32 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,935 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,445,611 kes. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad